Wednesday, December 8, 2010

SYUKUR DGN NIKMAT SIHAT YG ALLAH BERIKAN

NAbila bangun dik, hari ni ada appointment dgn pakar mata. His liat pulak dia hari ni. Alhamdulillah, cuaca hari ni cerah. Senangla nak gerak. Lepas hantar Najwa tuisyen, terus ke hospital. Alahai, perut dah berbunyi. Nabila lak bising nak makan dulu. Elok juga, kalau dah sampai sana kang, lama pulak nak tunggu tur.


So, singgah la makan kedai mamak. Apa lagi order tosai la. Makanan kegemaranku kalo mamak punya masakan. Nabila pulak sekadar roti canai kosong, yg ayahnya, capati sama telor separuh masak.


tosai umi
roti canai nabila
 telor separuh masak abah

Kena pulak dgn air teh. Ckp nak yg kurang manis dihantar yg manis giler. Apa lagi minta air kosong tambah. Kan untung mcm ni, beli satu dapat dua. Selesai makan, kami terus gerak ke hospital yg kurang lebih 1km dari kedai mamak td. Ya Allah, punya la ramai orang. Kebanyakan pesakit semua orang tua. Maklumlah bahagian mata. Warga tua selalunya ada problem mata ni. Takde satu tempat duduk pun kosong. kalau adapun kena mengalah kasi kat pak cik n makcik yg kebanyakkan uzur. 

Tak lama lepas tu dapatlah kami duduk. Sementara tunggu nama dipanggil, mataku melihat mc2 ragam manusia yg ada di sini. Hatiku cukup tersentuh melihat manusia2 yg sakit ini. Ada yg dtg bukan sekadar mata yg sakit tp fizikal mereka sendiri. Terpaksa dipimpin oleh ahli keluarga. Ah, macam2. Ya ALLAH, terima kasih kerana aku masih sihat sehingga ke hari ini.

Ok dik, ambik kertas ni, adik tulis apa adik nak tulis. Umi nak baca buku ni. Jangan kacau ye. Nanti bila nama adik dah dipanggil, kita masuk. Akupun, mula sambung baca buku yg kubawa LA TAHZAN 2. m/s 139. Hah, elok ni, sesuai dgn keadaan skrg. Dipetik:

4 hal yg boleh membuat pandangan mata jadi gelap;
1. berjalan tanpa alas kaki
2. merengut pada pagi hari
3. terlalu sering menangis
4. terlalu byk membaca tulisan yg kecil.

Aku terusmembaca tanpa menghiraukan org sekeliling.. 4 hal yg membuatkan badan menjadi kuat;
1. pakai pakaian yg lembut
2. mandi air hangat
3. mkn mknan manis dan berlemak
4. mencium wangian

Eh, biar benar ni, makan makanan yg manis dan berlemak.Dan banyak lg yg ku dpt drp pembacaanku ini. Sedar2 nama dah dipanggil. Namun apa yang penting nikmat kesihatan itu sgt penting seperti kata hadis yg dipetik ; 


Daripada ibnu Abas R.A berkata , telah bersabda Baginda SAW , terdapat dua nikmat yang kebanyakannya manusia sering lupakan iaitu `nikmat sihat dan nikmat masa lapang'

hadis diriwayatkan oleh Bukhari
Insyallah , daripada maksud hadis tersebut menerangkan kepada kite tentang nikmat sihat dan masa lapang yang mana memberi kesinambungan antara kite dengan Pencipta yang Maha Esa..

Nikmat sihat itu , memberikan kepada manusia dapat beribadah kepada Allah dengan sempurna, selain itu , memberi peluang kepada manusia untuk keluar berjihad di jalan Allah ... banyak lagi yang boleh kite lakukan tetapi mesti ingat bahawa itu semua adalah kurniaan Allah, jadi awaslah diri mu daripada menyalahi penggunaan nikmat tersebut ,



Kata Imam Al- Ghazali , Manusia diamanahkan oleh Allah dengan berbagai anggota dan itu adalah sesuatu kenikmatan , maka barangsiapa yang melakukan maksiat terhadap Allah dengan menggunakan anggota tersebut , seolah - olah kamu meminta daripada Allah untuk melakukan maksiat , ini adalah suatu pengkhianatan yang besar dan di kira seseorang itu kufur nikmatdan menzalimi dirinya sendiri dan akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Maka bersiap sedialah kamu untuk menjawabnya dihadapan Rabbul Jalil.

Sebagai khalifah Allah di dunia ini, orang yang sihat tubuh badannya juga akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan dan musibah. Semua itu untuk menguji tahap kesabaran kita sejauh mana tebalnya iman kita kepada Allah. Hanya mereka yang sabar berjaya melepasi ujian ini.


Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud: “Allah menyukai orang-orang yang sabar.” Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.’ Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah ayat 155-157).

Tafsir ayat 155 - 157



155.arabic
And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sâbirin (the patient ones, etc.).
156.arabic
Who, when afflicted with calamity, say: "Truly! To Allâh we belong and truly, to Him we shall return."
157.arabic
They are those on whom are the Salawât (i.e. blessings, etc.) (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided-ones.


Kemanakah Kita Selepas Di-Sini?


154. Janganlah kamu mengatakan kepada orang orang yang terbunuh kerana Allah, "Mereka telah mati."Mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, tetapi kamu saja yang tidak mengerti.*
155. Kami pasti akan mencubakan kamu dengan rasa ketakutan, kelaparan, dan kehilangan wang, nyawa, dan tanam tanaman. Berikanlah berita baik kepada orang orang yang sabar.*
156. Apabila kesukaran menimpa mereka, mereka berkata, "Kami kepunyaan Allah , kepadaNya sahajalah kami akan dikembalikan."
157. Mereka itulah yang akan mendapat rahmat dan belas kasih dari Tuhan mereka. Inilah orang orang yang mendapat bimbingan.

Masa sihat adalah sebaik-baik masa memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, puasa sunat dan jika berkemampuan di segi kewangan segeralah pergi mengerjakan umrah dan haji. Kita tidak mahu apabila sakit dan tidak berupaya untuk bergerak, saat itu baru ada kesedaran untuk membuat amal ibadat sebanyak mungkin, tetapi sudah terlewat.


Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.




Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah 









No comments:

Post a Comment