Monday, November 28, 2011



Entah kenapa , malam ni rasa begitu berminat nak menulis dalam blog setelah sekian lama menyepi. Ada anak2 pelajar tanya kenapa tc tak update blog,..... oh dalam diam rupanya ada peminat yg nak baca blogku yg tak seberapa ni.  Rasanya last post on July . tu pun nak luah rasa hati setelah  genap usiaku yg ke 40 tahun.

Tak sangka, pejam celik, pejam celik sudah memegang angka 40 rupanya. Walaupun sekadar angka tapi aku sedar, Allah sudah pinjamkan aku nyawa selama 40 tahun ini. Namun adakah aku beramal sebaiknya dalam tempoh 40 tahun ini..... Yang pasti  , tidak. hari2 sibuk dgn kerja dunia. Baru satu hari demam dah rasa macam berabad lamanya.... Mana perginya rasa syukur di atas nikmat yg Allah beri selama ini.... itulah aku seorang manusia yg sangat lemah...... Maafkan aku wahai Allah yang maha pengasih lagi maha pengampun......

Semalam, kekandaku sms, mengatakan dia dan bonda telah selamat melawat makam rasul s.a.w dan raudhah... Salamku kepada junjungan rasul telah dia sampaikan.... Dalam diam, airmataku bercucuran laju seperti air sungai megalir..... alangkah indahnya jika aku jua berada disamping mereka, sama2 mengerjakan haji , melawat makam rasul, dsb..... tapi aku harus terima hakikat, Allah memilih kekandaku utk bersama bonda di bumi MEKAH dan MADINAH....


Wahai bonda tersayang..... betapa gembiranya hatimu... kerna hajatmu untuk menunaikan haji termakbul jua... titik peluhmu selama ini Allah ganti dengan keberkatan yang tidak siapa boleh halang... Kesabaranmu, kejujuranmu , semua yang ada padamu menjadi kebanggaanku..... Aku menanti cerita2mu setelah dikau kembali dari tanah suci...... pasti dikau tidak sbar2 utk berkongsi cerita.... Cerita dari seorang ibu tua, yg buta huruf, namun sangat cekal ini.....



I miss u BONDAKU KELTHOM BT DERAMAN........

Saturday, July 30, 2011

ERTI KEIKHLASAN

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. lately aku merajuk dgn internet. byk benda yg cukup mengguris hatiku  berkaitan dgn internet esp facebook. jujurnya aku, facebook kalau dulu byk membantuku mencari kenalan lama. Tapi kekdg fb juga mengundang byk masalah..... Aku buka fb pun sekadar nak lihat who will wish me Hepi Bday on my bday 16.7.2011...

Thanx to all yg wish, saja nak merasai nikmat hidup diraikan walau dgn sekadar slmt panjang umur... terasa diri masih di hargai. Alhamdulillah, aku sedar keperluan facebook utk diriku. IsnyaAllah aku tidak akan menyalahgunakannya. Doaku, aku sentiasa ditetapkan iman dan dijauhi dari perkara2 yang ALLAH tidak suka...

Nampaknya permulaan angka 40-an ini cukup cukup memberi byk pengalaman dan pengajaran. Semakin byk kedukaan yg aku tanggung, semakin byk buku-buku yang aku baca. Syukur, semua buku yg aku baca byk memujukku supaya bersyukur dgn ujian yang Allah berikan. Jauh di sudut hati, aku tidak akan pernah dendam dgn sesiapa. Cuma sebagai manusia biasa aku kekdang rasa sgt terkilan, keikhlasan aku disalah tafsirkan. Kejujuran aku tidak dipandang benar. Kehadiran aku di sisi seolah2 orang asing yang menyibuk dlm keluarga...... Tak apalah, aku terima semua dgn hati terbuka.....  Aku terima diriku seadanya di sisi keluarga ini......  Jika di anggap org asing yg tidak perlu tahu dan berkongdi cerita, aku terima......  Aku pasrah, aku masih ada keluargku yg sayangkanku....

TERIMA KASIH YA ALLAH...... aku terima dan redha..... aku berhak hidup bahagia.....

terima kasih wahai tuhanku
yg sentiasa melimpahkan rahmatnya
membenarkan aku menghadapmu tuhan 
yg maha pengasih dan maha penyanyang

utk berckp dgnmu tuhan mengizinkan kuminta padamu
memuja menuji.... sepenuh hatiku......
memohon munajat pdmu ya rabbi.......

tapi aku khuatir... ketika menghadapmu....
tidak  pula pandai ber adap dgnmu.....
aku mula bimbang......
kalau aku derhaka....
dlm ketaatan...... bukan rahmat darimu yg ku damba
tpkan ku  kan dapat.... kemarahanmu......
ya rabbal alamin.... maafkanlah aku.......
ra rabbal alamin..... maafkanlah aku.......


Saturday, July 2, 2011

BUDGET BAGUS

My first time dengar perkataan ini.. Cukup bermakna dengan kupasan oleh seorang wanita hebat yang memperkatakan tentang maksud BUDGET BAGUS. Siapa yg tidak kenal Prof  Dr Muhaya yang mengendalikan satu program di astro DARI MATA TURUN KE HATI.

This morning on the way hantar ank2 ke sek aku cukup terkesima mendengar celoteh beliau di radia IKIM. Bermula jam 7pg hingga 8pg. Suanya sudah membuat aku jatuh cinta utk mendengar . Tututr katanya yg besifat keibuan sejati membuatkan hati terasa begitu kerdil .... Apa yg dikongsikan hari ini ialah sifat SOMBONG.... EGO..... dgn erti kata lain BUDGET BAGUS. Ditambah lg dengan pemanggil yg turut berkongsi pendapat, membuatkan aku rasa halwa telinga mendengar sesautu yg cukup bermakna.... hari ini.

Siapalah kita, kalau dipandang ke langit serta cakerawala, betapa kerdilnyanya kita. Nabi Adam semasa diperintah turun ke bumi kerna melanggar perintah Allah, bertaubat, mohon ampun berterusan dgn Allah.... Kita , aku yg entah berapa byk dosa ini, masih kurang bertaubat....

Aku cukup tersentuh apabila dr berkongsi cerita psl pesakit yg dtg mendpt khidmat dgn beliau. Katanya jika Allah memberkati kita segala pekerjaan yg dilakukan pasti mudah. Kiat tak boleh sombong dan ego. Ingin mengiongkong segalanya. Rasa diri kita semua betol,  Sbb mengikut istilah perubatan dlm diri kita terdpt sel2 yg saling btindak bls. Jadi jika kita byk bfikiran negatif maka selnya ini pun  byk dlm diri.

SOMBONG merupakan satu penyakit hati yg bernanah dan berulat. Hati yg bernanah sgt sakit. Maka kita perlu jauhi sifat nya. SOMBONG adalah pakaian ALLAH. Hanya ALLAH yg layak utk sombong. Kita sebagai manusia lah mempunyai ciri2 ini.
When the student is ready the teacher will appear. The teacher may not be a person it may be an event. Every man is the architect of his own character


Friday, June 17, 2011

Alhamdulilah, dah hampir separuh kita menjalani kehidupan dalam tahun 2011. Pelbagai peristiwa suka duka yg telah ditempuhi. Kerja buatku sebagai pendidik tak pernah surut dgn program2 sekolah demi kecemerlangan pelajar2.

Nampaknya anak2ku semuanya semakin meningkat dewasa. Nanti dalam bulan Ogos, Klong akan menduduki peperiksaan PMR. Yang si Angah baru pandai2 nak menghidupkan Alquran. Alhamdulillah, walau tak sehebat anak orang lain, dia dah dpt menghafaz juga. Doaku semoga dia akan terus bsemangat menghabiskan sebuah kitab suci AL QURAN nanti. Yang si kecil, masih d darjah 2. Harap dapat membesar  dengan sihat...

Kadang2 aku terasa banyak benda yang membebankan diriku. Kesihatanpun dah tak macam dulu. Sakit sana sakit sini. mingkin kerna usia yang sermakin meningkat. TAk kisahlah, doaku semoga aku akan terus tabah menghadapi kehidupan yang byk cabaran kini.

Kalau dulu aku masih boleh menghadapinya dengan tabah, selepas satu satu aku diuji,  kenapa tidak hari ibni dan akan datang. Masih aku ingat tulisan seorg penulis dlm sebuah buku, kita ini semuanya milik Allah, anak, suami, ibu , ayah dan semua yg ada di muka bumi ini.  Allah pinjamkan utk kita anak, suami dan Allah uji kita utk kita lihat betapa Allah itu Maha bijaksana. Aku mesti ingat itu......

Semakin aku dekat dgn buku2 agama semakin aku menjadi tabah. Banyak perkara yg aku tidak tahu dan was-was dapat dileraikan. Nampaknya aku jadi lebih cekal dan redha terhadap apa yang Allah tentukan buatku....Namun, aku ini manusia biasa.... Kadang memberontak juga tapi hati yg baik selalu bersuara, Sabarlah wahai diri, Allah bersamamu.....

Selagi kita ikhlas, jujur dan meletakkan Allah di atas, selagi itu kita akan dijaga dan dirahmatinya....  Namun, aku tetap mahu menyatakan aku  jua pingin orang lain juga ikhlas , jujur terhadap aku apatah lagi orang yg paling hampir denganku...... Ya Allah jauhilah sifat dendam , benci dalam diriku, dan engkau ganti;ah dengan sifat baik sangka dan tolak ansur dalam semua hal..... Semoga aku akan selamat dunia akhirat... Amin............






Tuesday, May 31, 2011

FADHILAT HARI JUMAAT







JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.  

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • .Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


    Amalan Sunat Hari Jumaat & Surah al-Kahfi

    Harga: RM4.50
    Penulis: Mohd Fikri Che Hussain
    Muka surat: 88
    Penerbit: Jahabersa

    Buku ini berjudul Amalan Sunat Hari Jumaat dan Surah al-Kahfi merupakan buku pertama penulis mengenai soal Fiqh Islam. Buku ini dibuat secara ringkas untuk memudahkan masyarakat umum mengetahui kepentingan hari Jumaat dan amalan yang digalakkan dilakukan pada malam dan siangnya.

    Buku ini lebih bersifat santai bagi para pembaca dengan ditekankan beberapa buah hadis sebagai hujah bagi setiap perkara yang belum lagi diketahui oleh para pembaca untuk diamalkan. Beberapa tips biasa seperti kelebihan hari Jumaat, mereka yang tidak bersolat Jumaat tiga kali berturut-turut dsbgnya, tidak dinyatakan hadis sebagai hujahnya memandangkan perkara ini sudah biasa didengari dan disepakati oleh rakyata Malaysia dan nusantara.

    Penekanan yang lain adalah beberapa amalan sunat yang digalakkan beserta hadis yang menyokongnya. Lalu penulis turut mengepilkan 5 buah surah yang disunatkan untuk kita membacanya pada hari Jumaat sama ada siang atau malamnya seperti surah al-Kahfi.

    Surah lain pula seperti Surah al-Sajadah dan al-Insan yang dibaca pada solat Subuh pagi Jumaat. Manakala surah lain seperti Surah al-Jumu’ah dan al-Munafiqun digalakkanuntuk imam membacanya pada waktu solat Jumaat. Selain dua surah tersebut terdapat juga surah lain yang digalakkan imam membacanya pada waktu solat Jumaat iaitu surah al-A’la dan al-Ghasyiyah.

    Tujuan lain penulis mengarang buku ini kerana ada pihak yang ‘bising’ bahawa bidaah membaca Surah Yaasin malam Jumaat. Disebalik kebisingan itu, tiada satu solusi yang boleh kita ambil untuk menghentikan pengamalannya di seluruh masjid nusantara ini. Lalu penulis terfikir untuk menggerakkan satu fenomena baru bagi memenuhkan ruangan masjid kita berlandaskan SUNNAH Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia dengan pengamalan surah al-Kahfi pada hari tersebut.

    Sokongan segelintir pihak tidak akan merancakkan fenomena ini. Tetapi apabila mereka diterangkan terlebih dahulu aspek KECINTAAN kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan cuba mengikuti setiap petunjuknya. Maka usaha ini akan lebih berkesan dan mendatangkan manfaat bersama. Marilah kita bersama menukarkan pengamalan majlis membaca surah Yaasin di masjid dan surau kepada surah al-Kahfi, kerana hal ini lebih ‘hampir’ kepada sunnah berbanding Yaasin yang dianggap sunnah oleh majoriti masyarakat kita. Insya Allah!

    Kandungannya:
    1. Mukadimah
    2. Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat
    3. Perkara Sunnah yang dilakukan pada hari Jumaat
    4. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan dalam solat Subuh Pagi Jumaat
    5. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan pada siang dan malam Jumaat
    6. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (I)
    7. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (II)


Thursday, April 14, 2011

10.3.2011

Umi jangan lupa ye tarikh ni. Nabila berkali2 mengingatkanku. Kadang geram juga. tapi anak manja ku yg sorang ni mmg begitu. Nanti beli je apa yang umi fikir nak bagi, adik terima je.... Ye lah, kalau tidak tahun lepas dia dah tetapkan hadiah apa yang dia nak.  Asyik2 BARBIE, Dahlah harga boleh tahan,.....

Nasib baik dia tak tetapkan. so a day b4 bday dia,  kami ke KB MALL, ingat nak beli mana yang patut, Yang susahnya dia ikut sekali. dah macamana nak buat kejutan.... last2 belikan dia buku fardhu ain, anak bear, buku cerita danmasukkan dlam kotak besar.... Nah dik, ini hadiah dari umi tahun ini.... Wah nampak dia genbira sgt...

Tahun ni dia dah 8 thn. Sekejap je rasa masa berlalu. sekaang nabila dah darjah 2. Kini tinggal dia di rumah menemaniku. Selamat Hari LAhir dik, Umi sangat sayangkan adik dan anak2 umi yg lain. Semoga membesar menjadi anak yang SOLEHAH, yang akan mendoakan umi .....

keke yanf di pilih sendiri oleh nabila


inilah kesannya jika asyik tgk cartoon je time masa luang


senyuman bday girl yang ke-8

dah tak sabar nak makan kek, pisau potong kek pun jadilah...


masih dengan baju sekolah, tapi adik nak potong kek ni lepas balik sekolah nanti ..



Tuesday, April 12, 2011

KAU MERUBAH SEGALANYA

Siapakah yang di maksudkan dengan KAU MERUBAH SEGALANYA. Ia tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah insan2 yang sangat hampir denganku. Mereka adalah familiku....... Kehidupanku lengkap setelah kehadiran kalian wahai anak2ku....

Kalau dulu , ibu ku bilang, bila kau menjadi seorang ibu kelak, kau akan  mengerti erti kasih sayang, pengorbanan yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar ibu...


mengerti atau tidak, faham atau sebaliknya, jauh disudut hati kalian telah merubah segalanya. Jika seorang ibu, perlu ikhlas dalam segala hal. Jika seorang ibu, mesti sanggup berkorban demi kebahagian anak2. Jika seorang ibu, tidak boleh terlampau berkira, jika seorang ibu, hatta seekor nyamuk pun haram gigit kalian....

Namun, apa yang sangatku terasa kini, setelah penat seharian kerja, balik rumah, kalian tiada lagi seperti dulu.... sedih sebenarnya. Nak kongsi cerita .... hanya dinding bisu yang setia,


Nah bacalah satu kisah bagaimana seorang ibu sanggup berkorban utk anaknya..... Tertanya2 pada diri mampukah aku jua seperti ibu ini....


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Thursday, April 7, 2011

1 HARI MCM2 CERITA

Indahnya hidup ini jika kita bijak dan pandai membawa diri. Tapi kehidupan mula menjadi tidak seronok apabila rasa kebahagian yang diharapakan entah ke mana hilang.  Entahlah, lately, aku rasa sangat tidak bermaya dalam menjalani kehidupan ini.

Kadang2 rasa betapa cepat hari berlalu. Hari ini Ahad, tup tup tgk hari ni dah khamis.... pejam celik, pejam celik  aku semakin meningkat tua... Aku sangat2 berharap kehidupanku akan senantiasa di bawah keberkatan Ilahi. Hari ini walaupun kelas tidak begityu bayak tapi masaku penuh terisi dgn kerja2 lain yang menimbun. Pagi2 lagi buat perjumpaan dgn pelajar BITARA yang akan menyertai KEM MENUJU PUNCAK pada 21.4.2011 hingga 23.4.2011.

Selepas sedikit taklimat kepada mereka, terus masuk kelas 1K4. Hai budak form 1 macam perangai anak tadika. Kadang tak menang tangan aku nak layan. HAbis kelas ke kantin lepas tu terus ke bilik siapkan mana yang patut. Mulanya ingat nak check fail tingkatan pasal sorang pel form 1 ni. Jenuh akun mencari fail. semua tempat aku pi, bilik guru, bilik reso, bilik peperiksaan and last2 jumpa kat bilik sendiri. Tu pun aku dah tension, terus ambil wudu' dan SOLAT DHUHA, moga2 ALLAH memudahkan urusanku hari ini... ALHAMDULILLAH, akhirnya aku jumpa fail itu.

Maka confirm, aku tak serah yuran itu kpd  guru kelas baru die. then , Serahkan yuran pel itu kepada Cg Wan Sulaiman, then terus masuk kelas 3K1. Masa ni aku rasa tertekan sangat. Tak tahu kenapa. Macam2 perasaan ada. tapi buat je muka selamba bile jumpa anak2 pelajar. BE PROFESIONAL WNJ! Susah , sedih, tension biar aku yang tanggung......

Habis 3K1, balik semula ke bilik , siapkan kertas kerja kem menuju puncak, hantar reso pelan tempat serta jadual program di sana. Then taip surat panggilan meeting utk hari Ahad ni..... Letihnya. Masa balik dah tiba, terus shut down laptop then pergi solat ZOHOR.

Hari ni najwa dapat balik, terus ke asrama  die, then kami balik.......

Saturday, April 2, 2011

CAPEK BETUL HARI NI.....

Hari ini penat betul. Bangkit dari tidur, kemas mana yg patut. Lepas tu hantar klong ke sekolah, ada kelas tambahan. Then balik, singgah beli sarapan buat suami n nabila.... Lepas sarapan, sidai baju yang basuh tadi. Kemudian,  basuh keretaku yang dah 2 minggu tak dibasuh. Hari panas , eloklah basuh kereta.

Selesai cuci kereta, masak kek coklat kegemaran najwa. Semalam ke KB MAll beli bahannya... Lepas tu ke sek Hadi, ingatkan nak ambik baju kotor die je, tapi dia nak outing la pulak. Then bawa dia balik  terus ke sekolah, ambik najwa.

Balik dari sekolah, singgah rumah tukang jahit, tempah jahit uniform batik asrama dia,  LA,,,, nak selipar la pulak, so, ke pasar tumpat, Dah alang alang sampa di pasar, beli le lauk utk msk tghari ni. Hah, dia nak beli tudung la pulak. Hah, klong pergi cari sendirilah. Umi tunggu kat kereta. Umi dah penat ni.

Balik dari pasar, terus masak utk mkn tghari. Selesai masak basuh baju Hadi yg bawa balik tadi, kemudian sidai....Ptg abahnya yang hantar semua balik ke asrama. Aku dah penat yg amat..............


Friday, April 1, 2011

HOME ALONE 1


Setelah bercuti seminggu, (break a week) pertengahan semester 1, rumahku cukup sunyi..... Anak-anakku, pergi meninggalkan aku.... Usiaku baru mencecah 40-an ... tapi dah mula ditinggalkan anak. Yang sulung masuk asrama, katanya nak belajar berdikari. tapi umi faham sangat klong ni... Umi doakan klong akan tenang dan dpt belajar dgn baik nanti. yang no 2 dah sedari awal tahun lagi masuk asrama... Sunyi betul rumahku sekarang. Hanya tinggal yang paling kecil, menemaniku....

Nampaknya, aku dah kena mula belajar ditinggalkan.... Ye lah, dalam kubur nantipun bersendirian jua... Tapi kali ini aku rasa lain sangat. Sedih hanya Allah yang tahu. Tapi demi kebaikan dan masa depan mereka, hanya doa yang kupanjatkan, semoga anak-anakku semua membesar dan dewasa menjadi anak2 yang soleh dan solehah.  Ya Allah, peliharalah mereka dari fitnah dan cubaan dunia ini...

Ketiadaan anak2 membuatkan aku rasa semua jadi lesu.... Semangatku yang dulu kuat tapi sekarang rasa sedikit goyah. Sentuh ini salah. nak ejam pun kurang lena. Bila time makan cukup2 terasa, seolah2 ada batu yagntersekat di tekakku....




PESAN BUAT ANAK-ANAKKU

Wahai anak-anakku       
Janganlah kamu mempersekutukan Allah
Kerana ia benar-benar kezaliman yang besar
Jangan anak-anakku mudah mengalah dalam perjuangan
Kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar

Hai anakku!
Berbuat baiklah kepada Ummi
Membelaimu dengan cinta bersemi
Bersyukurlah pada Allah Anak-anakku
Kau masih ada Abah dan Ummi
Setia di sisi waktu kau memerlukan kami

Wahai anak-anaku,
Dirikanlah solat,
Suruhlah manusia berbuat baik
Dan cegahlah manusia dari melakukan kemungkaran
Dan bersabarlah atas ujian yang datang
Kerana Allah bersama orang-orang yang sabar

Wahai anak-anakku,
Bersyukurlah kepada Allah
Atas rezeki yang melimpah
Jangan anak  menjadi gundah
Andaikata rezeki terluluh
Rezeki itu dari Allah
KepadaNya kita memohon
Besyukurlah
Atas rezeki yang ada.



BUATMU ANAK2KU
Anak-anak ku
Tetakala hari esok yang bakal menjelang,
Siap sedia lah kamu
menghadapinya,,,
berbekalkan ilmu di dada,
Sudah penuh kah ia?


Anak-anak ku,

Tetakala ayah dan ibu mu tiada,
Hanya doa dapat mengiringi nya,
tetapi,,,,,,,,
itu semua memerlukan bekalan di dada,,

Anak-anak ku,
tuntutlah ilmu sebanyak mana,,
kerana dengan ilmulah
membolehkan hidup kita bahagia.





Kalian adalah harta umi yg sangat bernilai...
Doakan umi nanti jika umi ke alam sana yg kekal abadi....


Tuesday, March 22, 2011

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

  1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
  2. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  3. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  4. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  5. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  6. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  7. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  8. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  10. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  11. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  12. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  13. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  14. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  15. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  16. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  17. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  18. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  19. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  20. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  21. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  22. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  23. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  24. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  25. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  26. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  27. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  28. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  29. Pelbagaikan tempat belajar.
  30. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  31. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  32. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.


Terima kasih  buat Dato' Fadzilah Khamsah. atas info yg saya ambil ini....




Sunday, March 20, 2011

LA TAHZAN





  


MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh. 
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!


MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!