Thursday, December 9, 2010

KEK COKLAT YG SIMPLE

Hari ni hari jumaat, Najwa takde tuisyen, semua orang ade rumah. His, nak masak ape pagi ni, Jadi isteri ni bukan senang . Semua nak kena pikir dari A sampailah ke Z. Makan , pakai, rumah, kerja , ah, kalu nak list tak tersenarailah. Tapi jangan mengeluh wahai wanita2 terutama yg menulis ni, kerna Allah janjikan tempat yg baik di SANA bagi wanita yg solehah. Harap2 aku juga dipilih Allah d kalangan wanita yg solehah, INSYAALLAH.

Ah, ape susah, masak meehon je lah. maka tung tang kong kang, masaklah dua jenis meehon. MAklumlah yg kecil suka meehon singapore dan yg tua lak suka meehon yg agak pedas. Jenuh nak layan selera deme2 ni Tp hatiku gembira setiap kali apa shj yg ku masak mereka mkn dgn penuh selera. tak mkn pun takpe. kenyang tgk ank2 n suami mkn.

meehon singapore nabila

meehon goreng ala pedas2 gitu

Lepas masak meehon, terus sambung msk resepi yg berikutnya KEK COKLAT ACHIK. Baru semlm achik ajar. teruja sgt nak buat, almaklum najwa, nabila serta hadi suka makan. resepinya sgt ringkas main guna cwn je. bahan lak bukan susah sgt. semua dah ada tunggu bancuh je.
 Nah dikongsi bersama resepi kek ACHIK nonie 

NO 1


3 biji telor
4 sudu besar susu pekat
(pukul dua benda ni hingga sebati)


NO 2
1 1/4 cwn tpg gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu besar soda bikarbonat
(gaul sebati)


NO 3


1 cwn gula
1 cwn majerin
1 cwn sisi cair
(panaskan atas api)
 1 cwn serbuk koko tutup dulu api then baru masuk serbuk koko,
kacau biar sebati.


Hah, lps tu masukkan bhn 3 dan bhn 2 dlm bhn 1 kacau sebati
kukus selama 45 minit

Nah inilah hasilnya, sedapkan


Hati bdebar2 juga takut tak jadi. Nabila kejap masuk kejap keluar. Dah tak sabar nak mkn. Ku buka tutup kukusan tadi perlahan2. Alhamdulillah, menjadi.... Dik.....mai tgk kek yg umi msk dah jadi... Nabila tkedek2 dtg tgk. Nak umi, tp dik kejap la nak buat topping. Alah, Lupa pulak. Ah telefon achik lah. " Hello, achik , kek dah jadi tp topping yg achik ajar tu lupa pulak, Ah senang je knoma, ambil 4 sudu susu cair, panaskan dgn 2 sudu gula   d sesudu mentega kacau. Then letak serbuk koko. Nah siap" Tq achik.... Maka siap kek coklat hari ini.. Bangga...bangga. najwa n nabila kejap2 makan....Tersenyum sendiri aku. azam nak buat lglah.

Habis masak kek coklat terus msk mkn tghari. ah, ringkas je lah . Dah penat , menunya ikan singgang, ikan goreng sambal cili api, udang goreng kunyit dan sambal belacan je
Selamat Menjamu Selesa Wahai Anak dah suamiku utk hari ini. Terima kasih Ya Allah dgn rezekiku hari ini. Lepas ni nak relax. Dari jam 8.30 pagi sampai jam 12.20 tghari kat dapur. Rehat kejap, apa lagi update blog ler......

ikan singgang

ikan goreng sambal cili api

sambal belacan

udang goreng kunyit

1 comment: