Monday, December 6, 2010

LA TAHZAN


Sekarang tgh baca buku ni
Jilid 2. Yg jilid 1 dah lama khatam.
Entah sapa pinjam, lupa la pulak.
Sayang betul dgn buku ni. Ia mcm sahabat ketika dukaku dulu.
Aku kembali bersemangat bila menatap bait2 kata.

Ku petik dlm buku LA TAHZAN jilid 2, m/s 99
JANGAN BERDUKACITA, WAHAI MANUSIA
Wahai org yg bosan dgn hidup
yg tidak ghairah dgn dunia ini
yang hari2nya sempit
di sana ada kemenangan yg nyata
bantuan yg semakin dekat
jln keluar dri kesempitan dan kemudahan selepas kesusahan

di dalam kesempitan yg anda rasakan tersembunyi jln keluar
dlm musibah yg anda hadapi
ada yg akan menyelamatkan dari musibah

wahai org yg matanya selalu digenagi air mata
hentikan air mata itu
berilah ketenangan kpd bola matamu
tenangkanlah kerana anda berhak mendapat perlindungan dari Yang Maha Mencipta

Berdoalah kpd Tuhan kamu dgn merendah diri (dgn suara) perlahan2
(Surah Al-A'raf:55)

Ingatlahselalu di dlm Al-Quran terdpt kata, 
Bersegeralah, berlumba2lah, bersungguh2lah
sabarlah dan kuatkan kesabaranmu





Indahnya hidup ini jika kita tahu serta bijak menguruskannya
Redha dengan kehidupan yang sederhana, sebab apabila merasa tidak lama lagi akn mati, maka tidak perlu mencari banyak, semuanya ditujukan utk akhirat..ALLAH akan menerangkan hatinya





Ku panjatkan doa kepadamu YA ALLAH, Inilah rintihan hamba yg serba kekurangan


Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali

Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….


Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini


Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

Jika Hatimu Lelah, Basuhlah Ia Dengan
KESABARAN
Ceritakan Dukamu Pada 
KETABAHAN
Usaplah Airmatamu Dengan
HARAPAN
JIka Kau Terluka, Tetaplah TERSENYUM
Kerana ALLAH selalu
MENYAYANGIMU


Belum lg tamat bacaanku, tp aku yakin setiap ujian dari Allah , pasti dia Maha mengetahui apa yg baik serta buruk buatku. 
Aku sedar, jika kecintaan kita lebih kepada DIA , pasti DIA tidak mengecewakan kita
DIAlah ALLAH
Maha Mendengar, Adulah setiap permasalahan kita Pati kita akan kembali ceria

Oklah, nak sambung baca buku ni lg. 
nnt kita kongsi cerita lagi
SENYMlah pasti ada pelangi yg akan muncul selepas mentari bersembunyi
Kita berhak mememiliki kebahagiaan itu........


No comments:

Post a Comment