Thursday, December 16, 2010

Let bygones be bygones (MAAF MEMAAFKAN)

.......Indahnya Langit Ilahi tetapi Indah lagi jika kita adalah insan yg pemaaf......

Dalam kehidupan ini, sapa yg tak buat salah. Kalau dah namanya manusia pasti ada shj kesalahan atau kesilapan yg kita lakukan. Kita pasti merasa marah jika disakiti. Maka jgn biarkan ia berterusan kerana ia adalah penyakit hati yg perlu diubati. 


Pepatah inggeris "Let not the sun go down on your wrath." iaitu (Do not stay angry for more than one day) kerana marah yg berpanjangan akan menjadi nanah dan membusuk dlm diri kita. Let bygones be bygones (  Let's forgive and forget past quarrels) Maafkan mereka yg berbuat salah kepada kita. Dgn kemaafan yg kita beri akan menceria hidup kita


kerana.........

Kemaafan adalah proses melegakan perasaan kesal atau kemarahan terhadap orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Kemaafan boleh ditafsirkan kepada orang yang memaafkan dan orang yang dimaafkan.


Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)





Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan Orang Yang Suka Memaafkan:


  • Dapat menyucikan hati
  • Dapat ketenangan fikiran
  • Dapat menyembuhkan penyakit
  • Dapat wajah yang menawan dan ceria
  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan
  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran

Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu


dipetik dari Dewan Pelajar edisi Oktober 2008

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:
Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)

senyuman itu mesti lahir dari hati yg ikhlas

Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.


Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini? Kalau belum, 
Jom kita berikan kemaafan kepada semua org, tapi kemaafan itu mest lahir dari hati yg ikhlas... Indahnya hidup ini kerana kita semua bersaudara....




No comments:

Post a Comment