Wednesday, December 15, 2010

INDAHNYA IMAN, HIJRAHLAH WAHAI DIRI


Nak dijadikan cerita, smlm kucuba buka fb mcm biasa, tp apa yg keluar,
Your account have been suspended because of suspicous activity. Alamak, apa dia pulak ni


Aku bukannya pandai bab2 ni.
Ooooo baru ku ingat
pagi tu aku cuba link satu website dlm fbku
alah, psl math form 3
Manalah kutahu kena sekat sebegini rupa
 Klong, mai kejap tlg umi.
Apa dah jadi ni, umi bukannya pandai bab2 fb. setakat buka, klick sana klick sini pandai la.
najwa pun cubalah itu ini, tp x dpt.
dah, gerenti xleh buka dah fb ku.
Niat nak post, JOM ESOK KITA PUASA  10 MUHARRAM.
Jadinya gagal niat ku,

Mlm ku minta tlg suami
last2 apa yg keluar , dia minta security code
Ah, lupa dah lama buat ni
lagipun semua najwa yg buat.
Semua tension memikirkannya, sampai jam 12 tghmlm
dahlah tu, tidur lg baik. kalau x dpt juga buka acc baru je lah
tp sayang juga, sbb mcm2 dah ada dlm fb tu.

Jam 12 lebih2 kami semua tidur. Esk pagi nak bangun sahur utk puasa
nnt kan g taksedar pulak. ALHAMDULILLAH, tepat jam 4.30 pagi , aku tersedar sebelum jam bunyi
mcm ada yg kejutkan pula. Inilah yg dikatakan jika kita niat baik dan doa minta ALLAH kejut
pasti DIA tak akan kecewakan kita. Syukur.
Tgk Jam masih awal, sahur elok lambat2. Lagipun waktu subuh hari ni 5.56 pg.
Masuk bilik air, ,mandi dan terus ambil wudu'
Segar badan selepas mandi. Maka aku terus kenakan telekung dan buat solat tahajjud.
Rasa tenang, damai dan syahdu dpt mengadapMU YA ALLAH
Bukan senang nak duduk bersujud pada waktu2 begini.
terimalah ibadatku......

Selesai solat tahajjud, kukejutkan suami utk bsahur. Lepas kami sahur, duduk x lama azan subur bkumandang ALLAH HU AKHBARULLAH HU AKBHAR....
Maka aku terus solat subuh. Tenang sekali. Seronok sungguh hari ini
Lepas selesai solat, aku teruskan dgn zikir almathurat.....
Syukur, hari ini tingkat keimananku sgt tinggi. Terima kasih Ya Allah....
Aku hendak begini selalu.... ada kesempatan utk mengadapmu ........


Nah, masa utk kejutkan anakku solat subuh,
klong..... bangun dah pagi solat subuh....
angah.... bangun solat subuh.......
yg kecil nabila, kejutpun bukan nak bangun...umur 7 thn
tp aku harap dia akan bangun pg utk solat subuh kalau tak esok... lusa...
Ya Allah semoga anak2ku menjadi anak yg tidak mebelakangkan suruhan Mu.

Jam menunjukkan pukul 7.45 pg. masa utk solat isyraq
lalu kuambil wudu', terus pergi  solat.......
this IS  my first time buat solat isyraq
Allah janjikan barang siapa yg melalukan solat ISYRAQ, dibuka pintu rezeki dan diberi perlindungan serta hidayah sepanjang hari

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud:

" Sesiapa yg mengerjakan solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kpd ALLAH sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yg sempurna"

waktu solat ni bukannya lama, 30 minit selepas matahari terbit.
Katakanlah, jika hari ni waktu matahari terbit jam 7.15 pg
maka 7.16 hingga 7.31 adalah waktu haram solat
maka waktu isyraq adalah dari 7.31 hingga 8.01 pg
tp ramai mengatakan waktunya dari jam 8 pg hingga 8.30 pg
itu apa yg kubaca dlm internet pasal waktu haram solat dan waktu isyraq

lepas letak kain dlm washing machine, tgk jam dah jam 8.30 pg.
Ni masa utk solat Dhuha pulak.
wudu' tadi masih ada, apa tunggu lagi, terus kerjakan solat Dhuha.....



Ya Allah, seronok sungguh dpat beribadat hari ini
Indahnya dapat jadi muslim yg rajin begini....
Tapi, adakah aku akan jadi begini tiap2 hari??????
Hanya Engkau yg maha tahu
Peliharalah keimananku
Jadilah Aku hamba yg bukan sekadar hangat2 tahi ayam....
Berilah aku ruang dan peluang utk berlaku begini setiap hari
kalau tidakpun setiap minggu
jika bukan minggu, setiap bulan.......
Semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini akan menghijrahkanku
Hijarah, meletakkan engkau NO 1
mendahulukan urusan dgn Mu berbanding urusan yg lain.




No comments:

Post a Comment