Thursday, April 14, 2011

10.3.2011

Umi jangan lupa ye tarikh ni. Nabila berkali2 mengingatkanku. Kadang geram juga. tapi anak manja ku yg sorang ni mmg begitu. Nanti beli je apa yang umi fikir nak bagi, adik terima je.... Ye lah, kalau tidak tahun lepas dia dah tetapkan hadiah apa yang dia nak.  Asyik2 BARBIE, Dahlah harga boleh tahan,.....

Nasib baik dia tak tetapkan. so a day b4 bday dia,  kami ke KB MALL, ingat nak beli mana yang patut, Yang susahnya dia ikut sekali. dah macamana nak buat kejutan.... last2 belikan dia buku fardhu ain, anak bear, buku cerita danmasukkan dlam kotak besar.... Nah dik, ini hadiah dari umi tahun ini.... Wah nampak dia genbira sgt...

Tahun ni dia dah 8 thn. Sekejap je rasa masa berlalu. sekaang nabila dah darjah 2. Kini tinggal dia di rumah menemaniku. Selamat Hari LAhir dik, Umi sangat sayangkan adik dan anak2 umi yg lain. Semoga membesar menjadi anak yang SOLEHAH, yang akan mendoakan umi .....

keke yanf di pilih sendiri oleh nabila


inilah kesannya jika asyik tgk cartoon je time masa luang


senyuman bday girl yang ke-8

dah tak sabar nak makan kek, pisau potong kek pun jadilah...


masih dengan baju sekolah, tapi adik nak potong kek ni lepas balik sekolah nanti ..



Tuesday, April 12, 2011

KAU MERUBAH SEGALANYA

Siapakah yang di maksudkan dengan KAU MERUBAH SEGALANYA. Ia tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah insan2 yang sangat hampir denganku. Mereka adalah familiku....... Kehidupanku lengkap setelah kehadiran kalian wahai anak2ku....

Kalau dulu , ibu ku bilang, bila kau menjadi seorang ibu kelak, kau akan  mengerti erti kasih sayang, pengorbanan yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar ibu...


mengerti atau tidak, faham atau sebaliknya, jauh disudut hati kalian telah merubah segalanya. Jika seorang ibu, perlu ikhlas dalam segala hal. Jika seorang ibu, mesti sanggup berkorban demi kebahagian anak2. Jika seorang ibu, tidak boleh terlampau berkira, jika seorang ibu, hatta seekor nyamuk pun haram gigit kalian....

Namun, apa yang sangatku terasa kini, setelah penat seharian kerja, balik rumah, kalian tiada lagi seperti dulu.... sedih sebenarnya. Nak kongsi cerita .... hanya dinding bisu yang setia,


Nah bacalah satu kisah bagaimana seorang ibu sanggup berkorban utk anaknya..... Tertanya2 pada diri mampukah aku jua seperti ibu ini....


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Thursday, April 7, 2011

1 HARI MCM2 CERITA

Indahnya hidup ini jika kita bijak dan pandai membawa diri. Tapi kehidupan mula menjadi tidak seronok apabila rasa kebahagian yang diharapakan entah ke mana hilang.  Entahlah, lately, aku rasa sangat tidak bermaya dalam menjalani kehidupan ini.

Kadang2 rasa betapa cepat hari berlalu. Hari ini Ahad, tup tup tgk hari ni dah khamis.... pejam celik, pejam celik  aku semakin meningkat tua... Aku sangat2 berharap kehidupanku akan senantiasa di bawah keberkatan Ilahi. Hari ini walaupun kelas tidak begityu bayak tapi masaku penuh terisi dgn kerja2 lain yang menimbun. Pagi2 lagi buat perjumpaan dgn pelajar BITARA yang akan menyertai KEM MENUJU PUNCAK pada 21.4.2011 hingga 23.4.2011.

Selepas sedikit taklimat kepada mereka, terus masuk kelas 1K4. Hai budak form 1 macam perangai anak tadika. Kadang tak menang tangan aku nak layan. HAbis kelas ke kantin lepas tu terus ke bilik siapkan mana yang patut. Mulanya ingat nak check fail tingkatan pasal sorang pel form 1 ni. Jenuh akun mencari fail. semua tempat aku pi, bilik guru, bilik reso, bilik peperiksaan and last2 jumpa kat bilik sendiri. Tu pun aku dah tension, terus ambil wudu' dan SOLAT DHUHA, moga2 ALLAH memudahkan urusanku hari ini... ALHAMDULILLAH, akhirnya aku jumpa fail itu.

Maka confirm, aku tak serah yuran itu kpd  guru kelas baru die. then , Serahkan yuran pel itu kepada Cg Wan Sulaiman, then terus masuk kelas 3K1. Masa ni aku rasa tertekan sangat. Tak tahu kenapa. Macam2 perasaan ada. tapi buat je muka selamba bile jumpa anak2 pelajar. BE PROFESIONAL WNJ! Susah , sedih, tension biar aku yang tanggung......

Habis 3K1, balik semula ke bilik , siapkan kertas kerja kem menuju puncak, hantar reso pelan tempat serta jadual program di sana. Then taip surat panggilan meeting utk hari Ahad ni..... Letihnya. Masa balik dah tiba, terus shut down laptop then pergi solat ZOHOR.

Hari ni najwa dapat balik, terus ke asrama  die, then kami balik.......

Saturday, April 2, 2011

CAPEK BETUL HARI NI.....

Hari ini penat betul. Bangkit dari tidur, kemas mana yg patut. Lepas tu hantar klong ke sekolah, ada kelas tambahan. Then balik, singgah beli sarapan buat suami n nabila.... Lepas sarapan, sidai baju yang basuh tadi. Kemudian,  basuh keretaku yang dah 2 minggu tak dibasuh. Hari panas , eloklah basuh kereta.

Selesai cuci kereta, masak kek coklat kegemaran najwa. Semalam ke KB MAll beli bahannya... Lepas tu ke sek Hadi, ingatkan nak ambik baju kotor die je, tapi dia nak outing la pulak. Then bawa dia balik  terus ke sekolah, ambik najwa.

Balik dari sekolah, singgah rumah tukang jahit, tempah jahit uniform batik asrama dia,  LA,,,, nak selipar la pulak, so, ke pasar tumpat, Dah alang alang sampa di pasar, beli le lauk utk msk tghari ni. Hah, dia nak beli tudung la pulak. Hah, klong pergi cari sendirilah. Umi tunggu kat kereta. Umi dah penat ni.

Balik dari pasar, terus masak utk mkn tghari. Selesai masak basuh baju Hadi yg bawa balik tadi, kemudian sidai....Ptg abahnya yang hantar semua balik ke asrama. Aku dah penat yg amat..............


Friday, April 1, 2011

HOME ALONE 1


Setelah bercuti seminggu, (break a week) pertengahan semester 1, rumahku cukup sunyi..... Anak-anakku, pergi meninggalkan aku.... Usiaku baru mencecah 40-an ... tapi dah mula ditinggalkan anak. Yang sulung masuk asrama, katanya nak belajar berdikari. tapi umi faham sangat klong ni... Umi doakan klong akan tenang dan dpt belajar dgn baik nanti. yang no 2 dah sedari awal tahun lagi masuk asrama... Sunyi betul rumahku sekarang. Hanya tinggal yang paling kecil, menemaniku....

Nampaknya, aku dah kena mula belajar ditinggalkan.... Ye lah, dalam kubur nantipun bersendirian jua... Tapi kali ini aku rasa lain sangat. Sedih hanya Allah yang tahu. Tapi demi kebaikan dan masa depan mereka, hanya doa yang kupanjatkan, semoga anak-anakku semua membesar dan dewasa menjadi anak2 yang soleh dan solehah.  Ya Allah, peliharalah mereka dari fitnah dan cubaan dunia ini...

Ketiadaan anak2 membuatkan aku rasa semua jadi lesu.... Semangatku yang dulu kuat tapi sekarang rasa sedikit goyah. Sentuh ini salah. nak ejam pun kurang lena. Bila time makan cukup2 terasa, seolah2 ada batu yagntersekat di tekakku....




PESAN BUAT ANAK-ANAKKU

Wahai anak-anakku       
Janganlah kamu mempersekutukan Allah
Kerana ia benar-benar kezaliman yang besar
Jangan anak-anakku mudah mengalah dalam perjuangan
Kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar

Hai anakku!
Berbuat baiklah kepada Ummi
Membelaimu dengan cinta bersemi
Bersyukurlah pada Allah Anak-anakku
Kau masih ada Abah dan Ummi
Setia di sisi waktu kau memerlukan kami

Wahai anak-anaku,
Dirikanlah solat,
Suruhlah manusia berbuat baik
Dan cegahlah manusia dari melakukan kemungkaran
Dan bersabarlah atas ujian yang datang
Kerana Allah bersama orang-orang yang sabar

Wahai anak-anakku,
Bersyukurlah kepada Allah
Atas rezeki yang melimpah
Jangan anak  menjadi gundah
Andaikata rezeki terluluh
Rezeki itu dari Allah
KepadaNya kita memohon
Besyukurlah
Atas rezeki yang ada.



BUATMU ANAK2KU
Anak-anak ku
Tetakala hari esok yang bakal menjelang,
Siap sedia lah kamu
menghadapinya,,,
berbekalkan ilmu di dada,
Sudah penuh kah ia?


Anak-anak ku,

Tetakala ayah dan ibu mu tiada,
Hanya doa dapat mengiringi nya,
tetapi,,,,,,,,
itu semua memerlukan bekalan di dada,,

Anak-anak ku,
tuntutlah ilmu sebanyak mana,,
kerana dengan ilmulah
membolehkan hidup kita bahagia.





Kalian adalah harta umi yg sangat bernilai...
Doakan umi nanti jika umi ke alam sana yg kekal abadi....