Monday, December 13, 2010

KATA-KATA NASIHAT

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.


Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.


Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaanjiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.




Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.




Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.




Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.




Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.




Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan






Dengarkanlah......


Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat




Ini lagi kata2 motivasi 





Fahami dan hayatilah setiap kata-kata perangsang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai
olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Mentimpang seinci, rugi seribu batu
- peribahasa cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda,tetapi jangan jatuhkan orang lain.
-I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
-Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
-Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah
-Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
-William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
-Philip Massingger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
-Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah
-Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak membuat sesuatu anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius




1 comment:

  1. terima kasih atas kata2 nassihat dan motivasi yg dikongsikan ini...

    ReplyDelete