Thursday, December 16, 2010

PEKERJAANKU, REZEKIKU

Alhamdulillah, setelah tamat belajar diploma 1992, saya terus bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibukota. Kebetulan masa tu kekandaku menetap di sana. Plus minus 4 thn saya di sana , sambung beljr setahun , terus berkhidmat sebagai guru. Tempat pertama saya mengajar adalah di SMK Darul Ehsan, Pengetua yg mula saya lapor diri ialah PN HODAIMAH, tp beliau tak lama di situ. 8 bulan je, kemudian beliau pindah ke SMK Hillcrest, Gombak. Beliau seorang yg bersifat keibuan.

Maka datang pengetua yg baru, PN YANG AZMAH MUKHTAR. Beliau seorang yg tegas, berkarisma, ada wawasan dan bijak. Mula2 kenal , takut sgt tp lama2 saya sgt sayang pengetua yg sorang ni. Dia seorg yg hebat. Setiap tahun mesti ada perubahan besar yg beliau akan buat. Saya byk belajar dari cara beliau mentadbir sekolah. Masa ni lah sek kami dpt byk anugerah hingga ke peringkt tertinggi negara, iaitu JOHAN 3K sekolah.

Pn Yang Azmah Mukhtar
(PENGETUA KANAN SMKDE) 

Semasa di sini saya di anugerahkan KHIDMAT CEMERLANG 2002. Tapi nak dapat anugerah sebegini bukan senang . Pengetua akan uji kami sebelum beliau beri anugerah. Saya masih ingat, pada tahun 2001, beliau uji saya dgn menyerahkan tugas menghasilkan majalah sekolah. Mak ampun, kata bhs budak2 skrg, mati saya mcm ni. Dah lah komputer saya bukannya pandai, nak deal dgn pencetak pun saya tak tahu..... tension giler tahun tu.

Maka masa ni saya byk belajar, pelajaran yg saya dpt ialah;
1. pandai guna komputer (itupun microsoft WORD) mesti gelak ha3
2. pengurusan dgn pihak luar
3. pengurusan masa yg cekap
4. menghargai org sekeliling.

Nah, hasilnya, sayadpt menghasilkan majalah sekolah seperti yg dijanjikan. Seronok walaupun hasilnya padaku taklah seberapa. saya masih tidak puas hati dgn hasil kerja tangan yg pertama ini. Tup tup thn 2002, saya dianegerahkan dgn APC yg pertama. Terima KAsih Pn YaNG, Terima kasih Ya Allah. Bukan Anugerah yg didamba dlm kerja buatku tp keseronokan , keikhlasan dlm melahirkan anak didik yg berilmu.

Setelah berkhidmat selamat 7 thn 7 bulan di SMK Daru Ehsan Selayang BAru, Selangor, saya berpindah balik Kelantan kerana mengikut suami kerja di sini. Bukan senang nak pindah masuk Kelantan. Jenuh juga le suami turun naik ke Kementerian, At Last, dia terpaksa jumpa Menteri Pendidikan, yg masa tu Dato Seri Hisyamuddin utk dpt surat sokongan. Maafkan saya Pn Yang, kerana saya perlu pindah....... . namin kini PnYang telah dpt rehat kerana bersara. Difahamkan semasa saya menulis ini pun beliau baru pulang menunaikan fardhu haji. Semoga haji yg mabrur. AMIN.....Pada malam 6hb Feb 2005 saya bersama Nabila yg masa tu umur setahun lebih menaiki bas bertolak balik ke Kelantan.

Pandangan SMKT dati makmal sains lama
Barisan guru2 SMKT 2008

Keesokannya saya melaporkan diri ke sek baru, SMK TUMPAT. sekolah lama, Inilah sekolah yg saya berkhidmat sekarang . Pada 7hb Feb 2011 nanti maka genaplah 6 tahun perkhidmatan di SMK TUMPAT.
Masa lapor diri lebih kurang jam 10 pg. Pengetua pada masa tu TN HJ AMERI dan PKP EN WAHAB, beliau minta aku mengajar subjek math n BI. HAh, BI. Minta maaflah tuan haji, saya bukannya pandai berbahasa inggeris ni. Aku merayu. Aku masih ingat kata2 tuan haji ameri, " wan norma, awak ada latar belakang pendidikan ITM. Saya percaya graduan ITM bijak berbahasa inggeris walaupun bukan major pendidikan BI". 




Mak ai, saya dah tak boleh lari, kena juga mengajar bahasa inggeris. Teringat saya kata2 MERCY IMELDA , tc bi kat darul ehsan, " Wan when u in kelantan, i'm sure u will teach english". Hish mercy ni, mcm doakan saya pulak. Takpe saya  sahut cabaran itu. So, kelas yg pertama saya ajar bi 1K1, bebudak 5A's UPSR. Maka melambak buku2 BI saya beli. Study giler2. Saya pun jenis yg suka mencuba.You never know what you can do until you try.

Byk yg saya belajar .Eh, rupanya srnk juga ajar BI. I improve a lot  my Bi, either speaking, writing or reading. B4 attend class  siap buat power point tak kiralah ajar grammar, literature. Syukur Allah berikan saya kelebihan sedikit kreatif bila bdepan dgn semua ini. TQ Ya Allah.....  Itulah yg dikatakan ilmu Allah itu maha luas. Kena ada keyakinan diri bahawa  ' Where there's a will, there's a way.' Kita jgn sahaja bijak dlm pelajaran tp kena juga kreati dan sensitif dgn keadaan semasa.

bersambung.....



1 comment:

  1. Assalamualaikum Wbh. Wou!!! terkejut ada gambar saya dalam blog cikgu. Kecik sangat jasa tu, dah dibayar gaji oleh kerajaan. Kali pertama saya pandang Cikgu saya dah nampak kekuatannya. Keikhlasan dalam bertugas sangat penting.... Cikgu meletakan nilai itu tempat1.... saya rasa sangat kehilangan bila Cikgu pindah ke sana.. tapi masih menjalankan tugas untuk memajukan anak bangsa dan Agama, tentu masyarakat merasa bertuah kalau guru2 mempunyai sikap seperti Cikgu. DiDoakan semoga Cikgu hidup berbahagia disamping keluarga dan terus berkhidmat untuk Masyarakat. Salam ...

    ReplyDelete