Saturday, December 11, 2010

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Kalau ditinjau dari urutan surah-surah dlm Al-Quran, maka surah ini jatuh pd urutan yg ke-112. Menurut sebuah hadis Nabi s.a.w bhw org yg membaca surah Al-Ikhlas sama pahalanya dgn membaca 1/3 Al-Quran.
NAh, mari kita sama2 lihat fadhilat serta cara mengamalkan surah ini. Semoga kita pemdapat perlindungan daripada ALLAH dlm apa jua urusan kita hanya sekadar mengamalkan surah yg ringkas dan mudah ini.....


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

* Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

* Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

* Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

* Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."



Sebuah kisah yg terjadi di zaman lampau bhw seorg lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pd mlm setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dlm neraka Jahannam. Mlm ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dlm syurga. Lalu si bertanya dlm mimpi itu kpd anaknya: " Semalam aku melihat engkau di dlm neraka, mengapa mlm ini engkau berada di dlm syurga pula?'

Jawab si anak: " Hari ini ada org yg lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kpdku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dlm syurga sekarang"

Subhanallah, hanya sekadar surah yg begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dlm apa jua perkara yg kita lakukan. Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya: "Sesiapa yg membaca surah al-Ikhlas 10x selepas solat subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dgn sungguh2."


Berikut ini diperturunkan pula beberapa faedah serta khasiat yg ada dlm surah ini. Semua ini dipetik dlm buku yg kubaca FADHILAT MEMBACA SURAH-SURAH AL-QURAN tulisan Muhammad Nu'aim Yasin.


1. Terpelihara Dari Bencana
~ selepas solat Maghrib baca sebyk 1000x

2. Dijauhkan dari Ketamakan Org Lain
~ baca setiap hari dan berterusan
~ lafaz 'YAA SHAMAD' 133x

3. Menundukkan Orang Zalim
~ baca 1000x lepas solat fardhu 
~ bacalah doa ini;
" Sesungguhnya aku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk , kpd roh.... (sebutlah nama org berkenaan) yg zalim itu."

4. Tercapai Setiap Hajat
~  dibaca sebyk 1000x selepas solat Subuh dan Maghrib
~ berdoalah ikut apa yg dihajati

5. Mengurangi PerasaanLapar dan Haus
~ biasa org yg dlm musafir
~ baca surah al-Ikhlas  dan iikuti lafaz YA SHAMAD sebyknya.

6. Beroleh Kebaikan Dunia dan AKhirat
~ baca selepas selesai solat fardhu

4 comments:

  1. Moga Allah merahmati usaha murni puan

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Puan,
    Masa bagi saya yg banyak terluang hanyalah selepas waktu ASAR dan ISYAK sahaja...Bagaimanakah kalau saya beramal Suratul Alikhlas ini Pada waktu ini..? Adakah ia makbul segala hajat? atau pun hanya waktu2 yg puan maksudkan sahaja yg banyak fadilatnya..?
    Terima Kasih
    Mohd Shah

    ReplyDelete
  3. Puan,
    Pada masa ini Yg selalu saya amalkan ialah, selepas zikir sembahyang saya selalu membaca surah ini sebanyak yg mungkin saya mampu..Sebelum sy mulakan bacaan saya akan,Syahadat 7x,Beristghifar 100x,Selawat Nabi 100x,dan membaca "Lahawlawal Quwataillahbil hil ali el azhim" 100.KEMUDIAN SAYA TERUS Bertawassul kpd,Rasulallah saw,Para Sahabat yg empat(Khulafah Arrasyidin,Para malaikat yg 4,Syeikh Abduk Qadir Al Jailani,Pada Para Aulia Anbia & Wali2 Allah,Man Ajazani Ila Muntaha,Kedua Ibubapa,Guru dan Muursyid samada yg hidup atau meninggal Dunia,Semua Muslimin dan Muslimat samada yg ada atau yg telah Meninggal Dunia.SELEPAS INI sy akan memulakan membaca SURAH ALIKHLAS sebanyak mungkin-(paling kurang 100x)DAN diakhir nya Saya akan membaca "Doa Ayatul Ikhlas.." Bagaimana pendapat puan..Adakah amalan ini baik atau sebaliknya?Selain itu saya juga ada mengamalkan Surah Ayatul Qursi serta doanya ,Doa Nurbwat ,Surah AlFateha dan Munajat doanya? Apa pendapat pun? Beri penerangan kepada saya yang bodoh ilmu ini?
    Terima Kasih,
    Mohd Shah

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini . :)

    ReplyDelete