Friday, October 29, 2010

SEGAR HIJAU DAUN






Melihat akan tumbuhan2 yang menghijau, memberi ketenangan jiwa. Jiwa yang kacau kembali tenang. Ros yang ku tanam berbunga dengan mekar, Harum baunya.... Nak jaga ros bukannya susah, lepas habis bebunga, potong batang kemudian  tarok baja. Tak lama lepas tu tumbuh tunas baru..... Kejap je tumbuh bunga baru....

Kaktus tu adalah pemberian pelajarku, ATHIKAH RAFIIE. Entah mana pegi dah anakku yg ini, Model sebelah tu, boleh tahan gak. Silap2 haribulan tercucuk hidung baru dia tahu. Pokok kaktus lagi senang jaga. Lama tak letak air pun dia tak kisah... Tp pokok duit2 tu jangan cakap, lebih air tak boleh, kurang air pun tak boleh. SEINSITIF. Ada sekali letak kat luar, kena panas habis daun jadi kuning. Apa lagi , angkat le letak belakang tiang.. Baru ok.  Itu pemberian jiranku, KAK TIE CIKGU MIE sebelah rumah mertuaku.



SAHABAT2ku...... WAZA


Pertemuan itu telah membawa perpisahan yang begitu panjang......... terutama sekali Ita. 25 tahun dulu kita terpisah, namun tahun ini ALLAH mempertemukan kita semula.... Betapa bersyukurnya diri ini... TERIMA KASIH ALLAH... PerancanganMu tiada siapa yang tahu. Malam ray tahun ini, disaksikan suami masing2, mereka tidak boleh menidakkan jalinan persahabatan antara kita.




Kita patu bersyukur kerna dianugerahkan ALLAH suami yang memahami kita.

Ida, Nab serta Ita, harapan pertemuan ini akan lebih bermakna. Anak2 kita diharap dapat meneruskan ukhuwah ini. Satu masa dahulu, kita ciptakan nama WAZA sebagai lambang keakraban kita berempat. Nab, mengabdikan nama AINA kpd anak sulungnya, Begitu juga Ida, ANIS tp MA dan Ita.....  WANA dan ZIta kekal sebagai kami yang dulu ...   Semoga ALLAH jaga persahabatan ini.....

"Aku Dan Kalian Dalam Kenangan Kita"

Masihkah ada seberkas ingatan dalam hatimu..???
Ingatan yang tercipta kala kita bersama dahulu..
Kenangan akan kisah persahabatan..
Yang kini mulai Ku rindukannya..

Saat-saat ketika kita lalui bersama..
Ada suka..
ada duka..
Dan canda tawa penghias hari kita..


Lelah tak akan berarti bagi Ku..
Karena kebersamaan kita hapuskan semuanya..
Yang tersisa hanyalah cinta dan kasih..
Mungkinkah akan Ku temukan kembali..???
Masa-masa indah ini..


Tak pernah Ku biarkan..
Ombak menghapus kenangan kita..
Meski buih-buih kecil itu telah lampaui masa..

Namun,
Semua kenangan kita akan menjadi separuh nyawa Ku..
Dan menjadi bagian dari hidup Kita.
.


Dan Ku yakin,
Suatu saat akan kau dapatkan..
Jalanmu untuk hidupmu..


Namun,
Berjanjilah kepada Ku..
Kalian semua tak akan melupakan Aku..
Ataupun semua kenangan kita..


WAHAI PUTERI-PUTERIKU ( nAjWa n NaBiLa) n PUTERAKU (Hadi)

Inilah puteri2ku. Kesayanganku.... NAJWA (Klong) and NABILA (adik). Harta dunia yang aku ada. Kelahiran mereka memberi makna yg sgt besar dlm kehidupan kami. Yang kakak mahupun adik padaku adalah semangat untuk aku terus tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Doaku, semoga puteri2ku ini membesar dengan sihat, patuh suruhan ALLAH, taat pada yang tua, menjadi wanita solehah sebagai mana suruhan agama.  

" Umi, kain ni nak kena jemur ke?"  tanya klong. "Umi, bak sini adik tlg ", sapa adik.... Aduh, syahdu dengar bila mereka  rela hati nak tolong. Bertuahnya rasa badan..... "Adik nak sembahyang dgn Umi...."  Puteri2ku.  Semoga kalian di bawah rahmat dan redha ALLAH.  Tempuhilah hidup yang penuh dgn cabaran ini dgn sabar .  Jangan pergi jauh dari ALLAH. Letakkan cinta kalian  kepada yang MAHA KUASA.  Dalam sedar mahupun tidak, ALLAH sentiasa jaga memerhatikan kalian Mohonlah pertolonganNYA. Walau apapun kalian adalah ANUGERAHdariNYA yg tak ternilai.


Ini pulak putera tunggalku  MUHAMMAD AZIZ AL-HADI (Angah).  Segak jugak anak Umi ni.  Sekali pandang macam YB..  Almaklumlah, bila dia the only one, adik jadi sasaran. Tp umi tahu angah sgt sayang adik.... 

"Umi, belikan jam". Entah berapa kali dah beli jam... APa tak nya, bila dapat, ada yang dia nak repair.... Bakal  jurutera kot.  Apapun  cerita  angah, ketahui lah puteraku, Umi sayangkan angah. Leteran, marah umi kerna umi sayang.. Angah satu2nya putera dalam famili....  Anak lelaki besar tanggungjawabnya... Kasih umi sama seperti umi sayangkan klong dan adik.  Angah jua adalah lambang buat umi tabah menghadapi cabaran hidup hingga kini..... Umi doakan angah berjaya dunia dan akhirat..... UMI SAYANG ANGAH....  Ya Allah Lindungilah anak lelakiku ini.... Semoga anakku ini menjadi anak yang SOLEH.... Amin.



cerita gambar



Foto terbaru anak-anakku , 
NAJWA, NABILA serta sepupu mereka 
EISYA, E-ZZAH n EMIEY 
raya 11.9.2010

Bersama kekandaku WAN SOM (yg comel) n 
WAN PISAH (yg montel)

 Bersama bonda n ayahanda serta sedara mara 
sebelah ibu

Kalau muda dengarlah nasihat, jika tua berilah nasihat. 
Namun kita patut bersyukur, adanya yang tua, 
tempat kita memupuk perpaduan serta ukhuwah sesama saudara. 
Kunjungan kita menceriakan hari tua mereka. Salah satu pandangan yang mendatangkan pahala adalah melihat ibu bapa kita. Semoga kita tidak akan lupa diri walau di mana kita berada. Sejauh manapun pangkat kita. Nasihat ini sebagai ingatan buat diri jua anak-anaku,,....... 

pembaharuan

Dis is my new blog. Blog lama tu sayang tp dah lupa password. Almaklumlah lama x buka. Ni pun terpanggil selepas my ex-student Amirah post something 4 me... Syahdu dgr luahan hati dr pelajarku ini. Amirah, dan semua yg pernah hadir dlm hidupku sbgai pelajar, kalian adalah sebahagian kebahagiaan, kesedihan hidup yang pernah kulalui. Doaku, semoga kalian beroleh kejayaan dan kebahagian dlm hidup yg dtempuhi.