Friday, November 26, 2010

SEGULUNG IJAZAH

Memperolehi ijazah adalah impianku semenjak dibangku sekolah lagi. Namun, cita2 hampir terkubur apabila tamat DIPLOMA tahun 1992, insan yg byk berkorban KEKANDAKU WAN PISAH mendirikan rumahtangga dan telah dikurniakan cahayamata permatanya menyatakan setakat itu sahaja yg boleh dia bantu. Masa tu aku cukup mengerti situasi dia. aku tahu bukan senang utk dia lalui semasa tempoh pengajianku di UITM jika dahulu dikenali ITM Arau , Perlis.

Hari penganugerahan DIPLOMA tahun 1993 bersama Yusmiah Satar, Rozina, Zulaina n bonda tersayang KELTHOM
bersama Sarimah Kahar

bersama bonda , pakcik SARBI n mak cik 

Setelah hampir 4 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta, aku mendirikan rumahtangga dgn suamiku ini. Alhamdulillah, dlm temph setahun  kawin, kami dikurniakan seorang puteri NURNAJWA SHUHANNA. Masa mengandungkan dia masa tu ku dipanggil interview kemasukan KPLD. Apalagi, risau gak takut tak diterima , maklumlah ibu mengandung. Tapi inilah dikatakan rezeki anak. Aku diterima dan menyambung pengajian selama setahun di Maktab Perguruan Teknik Jalan Cheras Kuala Lumpur.

Masa ini adalah masa sedih, apa taknya, baru 4 bulan usia najwa terpaksa kutinggalkan di kampung bersama keluargaku. Siang malam asyik nangis ingatkan anak. Nak belajar pun tak boleh. Baru ku mengerti erti IBU .  Last2, dah tak boleh tahan balik ambik n hantar org jaga bila ku perli kuliah. Habis bljr ku ditempat di SMK Darul Ehsan Selayang. Inilah sekolah pertama tempat aku menaburkan bakti sebagai pendidik. Menjadi seorang guru adalah minatku. Pada tahun 1998, setelah hampir setahun bertugas, aku dikurnia Allah seorang putera yang sihat MUHAMMAD AZIZ AL-HADI. , tahun reformasi meletus. Pada tahun 2002  Ogos, aku menyambung pengajianku di OUM setelah mendapat keizinan suami. Terima kasih wahai suamiku. 4 tahun tempoh pengajian banyak cabaran dan dugaan yg aku hadapi. Tak sampai setahun menyambung pengajian aku dikurniakan seorang cahayamata puteri NURNABILAH HUDAADAWIYAH. yang kini berusia 7 tahun. Dan akhirnya aku tamat pengajian ijazahku dan diiktiraf pada tanggal 16 Disember 2006.


Pada tarikh ini semua yg byk berjasa hadir.... Inilah sedikit nikmat dunia yg kukecapi bersama insan 2yang tersayang...... suami, anak2, bonda, kekanda serta anak buah. Malangnya ayahanda tidak dapat bersama . Namun jauh di sudut hatiku, inginku luahkan, aku bersyukur dgn ayahandaku...




Di sini ingin kutitpkan rasa terima kasih buat semua yg banyak menyokongku;

1. SUAMIKu - MOHD AZIZI BIN ALIAS
2. ANAK2KU - NAJWA, HADI  n NABILA
3. BONDA KELTHOM n AYAHANDA WAN JAAFAR
4. BONDA CHE YAM n AYAHANDA ALIAS
5. KEKANDA  WAN PISAH
6. IPAR DUAIKU
7. SEMUA YG MENGENALIKU

Jasa kalian kudoakan hanya ALLAH yang mampu balas.... Semoga ukhuwwah ini berpanjangan.. amin


No comments:

Post a Comment