Thursday, November 25, 2010

DAHSYATNYA DOA IBU...

SUBHANALLAH, cuti sekolah telah bermula. Tapi badanku terasa sakit sana sini, Nak buat apapun tak kena. Mungkin masih penat agaknya setelah lama menjadi penghuni hospital... Anyway, after one week dah rasa ok sikit.  Di Kota Bharu ada EKSPO CHENG HO,  apalagi kami a family pergi sana . Dalam dok jln2 mataku terpandang kat satu gerai, apalagi masuk le. Buku ini dah lama kucari....  Baru kini jumpa. DAHSYATNYA DOA IBU. Buku yg patut dibaca oleh semua orang terutama anak2 serta ibu2. Hatiku cukup tersentuh setelah menghabiskan buku setebal 209 m/s dengan harga cuma RM14.90.


Bukan sekadar buku itu sahaja, majalah SOLUSI terbitan yg lepas2 pun kuborong sebanyak 5 buah.


Inilah peluang yg ada utkku membaca dan memberi makanan utk jiwa yg makin gersang. Inginku kongsikan sedikit drp bacaanku dalam dahsyatnya doa ibu.

Nabi Muhammmad menerangkan , ada 3 pandangan yg termasuk sbg ibadah:
1. pandang orang tua dgn penuh kasih sayang
2. pandang Al-Quran
3. pandang Kaabah

Dikatakan memandang ibu dgn penuh rasa kasih dianggap amal soleh dan pahalanya sgt besar. Sama seperti pahala org mengerjakan HAji. Dipetik dr buku ini m/s 30. 3 jenis doa yg mustajab yg mempunyai keajaiban;
1. doa org tua utk anaknya
2. doa org bermusafir
3. doa org yg dizalimi

Bagi anak yg selalu berbakti dan taat kepada kedua org tuanya, para malaikat sentiasa membantunya. MasyaALLAH besarnya pahala. Ya ALLAH, semoga daku menajdi umi yg sentiasa mendoakan puteri2 dan puteraku. Semoga anakku juga membesar serta patuh ajaran ALLAH serta menjadi anak yg soleh dan solehah.

Dipetik dlm m/s 120, jika ibu bapa telah meninggal dunia, DOA anak mampu menyelamatkan ibu bapanya daripada seksaan api neraka dan menempatkan ibu bapa mereka pada kedudukan yg tinggi di sisi ALLAH. Dipetik dlm sebuah hadis, apabila seseorang tidak lg mendoakan org tuanya, dia sesungguhnya memutuskan jalan rezekinya.

Sesungguhnya pembacaan kali ini cukup berkesan padaku....

Ini satu lg buku yg cukup menyentuh hati. terima kasih kepada bekas pelajarku lokman, melihat dia membaca buku ini terus kumencari di toko buku Jaafar Rawas di kota bharu dah kuhadiahkan kepada puteraku Aziz Al-Hadi..... Malangnya dia mcm belum bersedia membaca... takpe nak... umi faham, angah belum faham apa yg hendak umi sampaikan... Umi doakan satu hari nanti angah akan baca dan faham .... Umi akan tunggu .. ALLAH MAHA KAYA. Insya ALLAH.
Bacalah walau sepotong ayat. Nescaya kita tidak rugi......



Inilah sebahagian buku2 yg hebat utk dibaca.... 


No comments:

Post a Comment