Thursday, November 11, 2010

masuk hospital

30.10.2010  ( SABTU)

“Umi… mata adik tak boleh buka. Sakit sangat” luah anakanda NABILA. 
Mata dia mula berair tak henti-henti. Terkejut juga umi. Malam tadi elok je, 
lepas hantar abah dan hadi naik bas nak pergi sokong 
pasukan Kelantan final di Bukit Jalil, dia terus tidur. 
Tup tup, bangun pagi mengadu sakit mata. Panik juga.

Lepas sarapan pagi , umi bawa adik ke Hospital Tumpat. 
Bila periksa, ada satu bebola kuning dalam mata hitam dia. Ah, apa dia tu. 
Doktor kata nabila kena jumpa pakar d Kota Bharu. 
Lepas siap2, umi bawa klong n nabila ke hospital  kota bharu. 
Masa tu jam menunjukkan lebih kurang 2ptg. Lps periksa mata dgn doctor munira, sah! 
Dia kena tahan d wad Melati tingkat 5. 

Mulanya umi rancang nak p mkn mee cambol hari ni. 
Tp perancangan ALLAH lebih tepat.Umi redha dengan apa yang berlaku. 
Umi call abah n nenek maklumkan perkara ini… 
kesian abah, nak tgk bola mlm ni dah jadi tak seronok. Apa nak buat.




31.10.2010 (AHAD)


Hari ni d istiharkan cuti. 
Alhamdulillah, Kelantan telah menjuarai PIALA MALAYSIA. 
Hari ni hari kedua Nabila d hospital. Mata dia nampak makin teruk. Umi benar2 risau. 
Nak cakap salah, tak cakap salah. Sedih ada, macam2 perasaan bermain d fikiran. 
ALLAH sahaja yang tahu. scan hari ni kena tangguh kerana klinik cuti. 
So esok juga keputusannya. Tak pe sabar ye umi, pujuk  diri sendiri. 
Nenek setia menemani bila kami memerlukan . TERIMA KASIH NENEK.


1 .11.2010  (ISNIN)

Klong tak g sekolah hari ni. Nak temankan adik. Kesian kata dia. 
Ye ke kesian, apa yang umi nampak kejap2 minta duit, lapar. 
Semua nak makan. Ni, nak jaga adik ke nak makan macam2. 2 in 1 la tu. 
Umi yakin ,dia benar2kan sayangkan adik dia. Lepas periksa dgn doctor pagi ni, 
nampak dia ok sikit berbanding dengan kemarin. Umi doakan adik cepat sembuh. 
Umi kena ambik cuti sampai bila pun tak tahu, tgk keadaan adik.


4.11.2010 (Khamis)

HAri ni dah 6 hari Nabila di Hospital. Ini bermakna umi juga dah 6 hari d hospital. 
Orang lain yang masuk lewat pun dah keluar. Cuma adik masih setia d bilik Delima ni. 
Hari cuti sempena mengundi di GALAS.  
Adik terpaksa d inject kat lengan utk masuk antibiotic, sbb tempat lain tak Nampak uratpun. 
Kesian adik, pasti sakit tp dia seorang yang tabah. Tak nangis pun.


Umi dah rasa sakit kepala. Mungkin tak cukup tidur. Nak pegang apapun rasa tak kena. 
Ya Allah, selamatkan mata anakku. Pulihkan matanya seperti sediakala. 
Aku mahu lihat dia riang dan ceria seperti dahulu…..


11.11.2010 (Khamis)

hari ini nabila dah boleh keluar wad. Alhamdulillah. 
dan hari juga keputusan UPSR d umumkan. Angah dapat 4A1B. 
Syukurlah dgn rezeki dia setakat itu....




1 comment: