Tuesday, January 4, 2011

PERJALANAN MUHAMMAD AZIZ AL-HADI




Hemmmmm, dah lama benar tak update blog. Since balik dari bercuti d KL tempohari sibuk memanjang. Ke sana sini cari kelengkapan sekolah ank2 yg masih belum cukup. Balik dari Kl 27hb, the next day ke sekolah Nabila belikan buku sek dia. On 29th pulak meeting pertama 2011. Lps je meeting terus bawa Nabila jumpa Pakar Mata. Balik pun dah gelap. Maklum ajelah, jalan kat KB sekarang ni sana sini jem.



30hb pula daftar kelas Najwa dan bayar yuran sekolah Nabila. Lepas tu terus ke KB cari baju dan kelengkapan yg patut buat Hadi. ALHAMDULILLAH dia dterima masuk MAAHAD TAHFIZ SAINS BERANGAN. Ya Allah, terima kasih kerna dia terpilih jua akhirnya. Gembira sangat2. Mana taknya. inilah impian kami... Peliharalah anak lelakiku satu2nya ini Ya Allah. Berilah dia ketetapan hati dlm meneruskan perjalan sebagai pelajar tahfiz. Berkatilah dia, semoga AZIZ AL-HADI cekal dan dpt menamatkan pengajiannya nanti.



bersama umi pd hari pendaftaran 1.1.2011


bersama abah pada hari pendaftaran pd 1.1.2011

Alhamdulillah, pd pagi tahun baru 2011, hari sabtu lepas sarapan kami btolak ke sekolah. Daftar mana yg patut, dgr taklimat oleh jemaah nazir YIK iaitu Al-Ustas Zainuddin bekas mudir Maahad Muhammadi Perempuan KB, katanya, jika seorang ank itu menjadi tahfiz, maka di akhirat nanti ibu bapa akan dipakaikan mahkita yg bercahaya....... Semoga kami adalah ibu bapa yg terpilih Ya Allah....

nazir YIK - Us Zainuddin dan Mudir Maahad

Lepas daftar sek hadi kami balik . ptg saya terpaksa ke sekolah keana bertugas pendaftaran tingkatan 1. Balik dah jam 4.30ptg. Siapkan barang kelengkapan Hadi utk bawa ke asrama. Lepas solat Asar, kami sekeluarga ke sekolah Hadi. Kemas locker, almari serta baju2 dia. Berat nak berpisah dgn anak lelaki satu2nya  ini..... Maka bermulalah hari ini dia sebagai pelajar baru, sekolah baru dan akan menempuhi alam remaja..... Semoga perjalanan alam remaja anakku ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah selamanya. Ketahui anakku, kami sgt2 sayangkan insan yg bernama MUHAMMAD AZIZ AL-HADI......


umi sedang memberi motivasi kepada angah... dok elok2 ye kat asrama 

pandangan hadapan asrama angah...


inilah tempat beradu angah di dorm 6..... eeee ... tak sabar nak tido kat katil ni....



No comments:

Post a Comment