Tuesday, December 28, 2010

CUTI CUTI MALAYSIA







Fuh, dah lama saya tak buka blog. Bawa anak2 ke KL. Maklumlah sejak cuti asyik kat rumah je. Najwa tuisyen, Hadi kejap ujian lisan kejap ujian btulis. Lps 20hb baru free. So kami pun btolak ke KL pd 22hb 12 2010. Berjlnan yg jauh amat memenatkan. Lalu jln grik. tp ok gak pmdangan kiri kanan jln.

Kami singgah mkn gerai mamak kat grik. Dah tghari, tosai mana ada. makan le nasi kuah kari . blh tahan gak. Percutian kali ini cukup bermakna kerna saya dipertemukan kembali dgn insan2 yg pernah hadir dalam hidup saya dahulu. TERIMA KASIH MOHD AZIZI ALIAS ( my hubby). NORLI n LINDA, kwan seronok sgt jumpa kalian n anak2. Walaupun ketika kehadiran kwan suami masing2 kerja.
dgn linda

dgn norlie

Kwan seronok dgn pertemuan ini setelah kita tpisah hampir 12 tahun. Itulah kuasa ALLAH. Siapalah kita.... TErima kasih Ya Allah... Kita cm rancang lak, anak sama2 3 org. 2 pompuan n 1 lelaki. bezanya kwan lelaki d tgh, linda lelaki yg first dan norlie lak lelaki yg last. Betapa cantiknya kerja Allah.

25 Disember 2010, , org sebuk celebrate krismas, yg kami konvoi beramai ke Rumah Kak Ina Busu kenduri anak sulung dia HUDA. Actually seronok dpt begini sekali sekala..... gathering ramai2 bukan senang. borak2, gelak2. tp mengapa apa yg kita harap elok tp berlaku sebaliknya...... Cakap pada diri, TABAHKAN hatimu. Jadilah dirimu yg sebenarnya. Insya ALLAH, ALLAH akan permudahkan setiap kesulitan yg dihadapi....... Biasalah, dlm kehidupan ini mcm blh jadi.. DOAkan kpdNya pasti Allah tlg.

bersama pengantin yg cantik jelita HUDA



MAKAN JGN X MAKAN...... alang, cik ila

lepas kenduri rumah huda, kami semua gerak ke rumah mok teh di subang jaya. Solat zuhur rumah mok teh n then gerak ke rumah ksah d Bangi. Mlm ke rumah Uda....Keesokannya ke rumah klong peah n terus ke rumah ksah. Fuh penat..... tp sempat lg singgah seksyen 7 rumah linda.... mlm yg geng lelaki tgk bola MALYASIA lwn INDON . Kami geng pompuan g lepak kat ALAMANDA. klong sibuk nak cik sah dia tgk wayang...




Nak tgk ceta kelakar, dah penuh, ceta hantu pulak tak boleh sebab ada bebudak kecik nabila, aisyah dan izzah. last2 tgk ceta AKU MASIH DARA.... bising satu panggung bebudak kecik ni buat lawak..... tapi cerita ni ok juga . mesej yg nak d sampaikan jelas...... cuma ada babak2 yg x elok d tgk.....
Srnk ank2 dpt lepak2 dgn makcik die. Yg lelaki lak hepi sbb bola menang 3 - 0.

Keesokannya kami btolak balik.....



















Wednesday, December 22, 2010

Sunday, December 19, 2010

BERHIBUR TIADA SALAHNYA, KERANA HIBURAN ITU INDAH


SALAH SATU LAGU KEGEMARANKU
ALUNAN YG CUKUP MENYENTUH JIWA
MENDENGARNYA TIDAK MELALAIKAN KITA



Sama2lah kita beristighfar supaya semua dosa2 kita 
yg lalu diampunkan.
semoga kita tergolong d kalangan hamba yg soleh
AMIN



terima kasih ALLAH kerna kita masih bernafas hingga ke hari ini.
Bimbinglah hidup kami agar lebih baik dr hari yg telah lepas





menanti alam barzakh
alam atau tempat persinggahan semua ummat manusia
selepas  alam rahim ibu, dunia ......





Saturday, December 18, 2010

KETAWALAH LAGI ..... HAHAHAHA

Dah lama saya tak gelak begini dengan anak2. Entahlah, najwa kata umi ni serius je skrg. gelak tak nak
Dia pantang tgk saya mencuka, mesti tanya itu ini.
Anak2 mana tahu kita ni susah hati ke , sedih ke.
Sebagai ibu kita mesti sorok apa yang berlaku pada diri kita.

airport pengkalan chepa

Semalam rasa seronok sangat gelak dengan anak2 sambil makan KFC kat airport
Bukan pergi mana2 pun , cuma pi hantar Mak Tam dia balik KL
Hari ni airport tak sibuk sangat
Tak ramai orang pun. masih cuti sekolah
Sementara menunggu mak tam berlepas, kami naik tingkat atas makan KFC
Maklumlah dah lama tak makan ni.
Sejak cuti sekolah bukan ada masa nak gi lepak mana2 dgn diaorang.
Asyik hujan je. Masa keluar rumah tadi pun hujan punya la lebat.


Kami solat zohor terlebih dahulu sebab masa tu jam dah 1.3p ptg
Tgk2 abahnya dah order KFC
Seronok tgk muka anak2....... ceria semacam.
Lps tu kami duduk tmpt yg cantik pemandangannya
Nampaklah kalau terbang turun naik....


Entah tgh2 mkn teringat cerita DO RE MI yg Hadi tunjuk dlm you tube mlm tadi
Saya ckp dgn mereka
Angah ingat lagi tak ceta yg kita tgk mlm tadi
Hah, ingat umi. mcm mana dah dialog dia
Ingat lagi, maka hadi pun mengikutlah rangkap dialog nya
Masih ingat dialognya lebih kurang begini
kata si isteri " HEI, BAWA API KE MARI"
masa ni isteri minta utk rokoknya
Jawab si suami (A R TOMPEL) yg tgh masak d dapur
menjawab dgn muka selamber
"YA DARLING, BELUM SAMPAI, MEENA KUMARI ADA KAT INDIA"
Si suami sbnrnya pekak badak......

filem DO RE MI 1966
Kami ketawa pecah perut
Najwa, nabila dgn hadi mengulang2 dialog tu.
Saya tambah ketawa tak henti2.... tak boleh bayangkan muka a r tompel masa tu
air mata bercucuran mengiringi gelak tawa kami

anak org depan meja tgk semacam
dia pelik kot tgk saya ketawa macam menangis
Sesekali ketawa tak boleh control.....
Ya Allah..... baru saya boleh berhenti. lama juga le

Ketawa ketawa juga
Namun disebalik adegan lucu dalam filem itu tadi byk pengajaran yg dpat saya ambil
Seorang isteri yg berlaku biadap terhadap suaminya
mengata suami dgn kata kesat......
AnTaRanYa
" AKU BILANG BAWA API KE MARI, DIA BILANG MEENA KUMARI PULAK.
AKU MINTAK API LA BODOH"

iNilah karya hebat filem zaman dahulu
sarat dgn kisah lucu tapi penuh dgn mesej yg ingin disampai supaya menjadi pengajaran.
Ya Allah, peliharalah diri ku....
Mungkin daku tak sehebat SITI KHADIJAH
Mungkin tidak setaat SITI AISYAH
Jauh di sudut hati, ingin hidup ceria di samping keluarga yg ada...
Hilang sekejap stress....
Harap kami dapat begini lagi....




SOLAT 5 WAKTU.... SUATU RAHSIA INDAH


Entah kenapa hari ni rasa worst sgt. Bila bangun pagi utk solat subuh, perasaan malas masih membelenggu diri. Lepas kejutkan anak2 utk solat tp mereka  mcm endah tak endah je. Kita sebagai ibu bapa sgt sedih dgn fenomena ini. Saya rasa ramai ibu bapa mengalami pengalaman seperti saya. Bagaiman nak buatkan mereka rajin dan tidak melengah2kan solat.....


Masih ingat lagi saya semasa kecil spt ank2 saya sekarang. Susah juga nak solat tp akhirnya solat juga. Masa tu ayah mak bising satu kampung jika malas solat. Kalau x solat hah tunggu le syarahan mak BERJELA PANJANG.....  


Saya tinggalkan kisah susahnya nak didik jiwa membesarkan solat ni. Mari kita kongsi rahsia solat lima waktu yg difardhu Allah ke atas seluruh ummat manusia. Inipun saya ambil hasil carian dan bacaan saya dalam internet juga. Alhamdulillah saya gunakan internet dgn memanafaatkannya sebaik mungkin. Saya harap anak2, dan kita semua pun begitu juga.....





Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabiutusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.,

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana Taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq. (ORG MUNAFIQ)





Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
     tumbuh dengan makanan yang haram)

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang
    titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga
.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah :155)





Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. 

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"  Maka jawabnya Rasulullah saw,

"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU" Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. 





Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. 

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukan Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Allah dah janji mcm2 yg indah buat kita di Akhirat kelak jika rajin mengamlkan solat serta ibadah lain. Allah dedahkan rahsia supaya kita menjadi ummat yg taat dan patuh. Wahai diriku, anak2 dan semua yg membaca, marilah kita sama2 mengamalkan suruhannya, ingat mengingatilah jika ada di antara kita yang lalai. Ingatlah.... MATI ITU WAJIB..... SIAPALAH KITA HENDAK MENDERHAKA. Hanya ada dua tempat sahaja di akhirat nanti... SYURGA ATAU NERAKA.





Friday, December 17, 2010

MATEMATIK ITU INDAH




1st  of all nak say tq to kepnyaan blog asal yg saya copy. tertarik dgn isu yg ditulis maka saya ambil utk dikongsi dgn rakan blog saya. Semoga ilmu yg ada dan byk ini dpt diperkembangkan . Matematik bukan sekadar pengiraan semata2dan ia juga  bukan sekadar angka tetapi lebih 
drp itu. What i'm trying to say is, MATEMATIK IS FUN...  Let enjoy  learning its.

 Matematik itu indah...kerana. ..dari no. 0 hingga 9, macam2 boleh jadi...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888




1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

dan
If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love o! f God that will put you over the top....

Nah, lihat bagaimana hamba Allah ini kira guna matematik, nak kira seorang 
wanita. Ni mesti kerja lelaki ni...... Maybe this just for fun kot.... 
Saya tak tahu lak teori mcm ni pulak.




Cuba tgk yg ni pulak. Ada sesuatu menarik utk dikongsikan. Pengiraan bukan sahaja betul tp angkanya juga sangat menarik. Perhatikan













Thursday, December 16, 2010

Let bygones be bygones (MAAF MEMAAFKAN)

.......Indahnya Langit Ilahi tetapi Indah lagi jika kita adalah insan yg pemaaf......

Dalam kehidupan ini, sapa yg tak buat salah. Kalau dah namanya manusia pasti ada shj kesalahan atau kesilapan yg kita lakukan. Kita pasti merasa marah jika disakiti. Maka jgn biarkan ia berterusan kerana ia adalah penyakit hati yg perlu diubati. 


Pepatah inggeris "Let not the sun go down on your wrath." iaitu (Do not stay angry for more than one day) kerana marah yg berpanjangan akan menjadi nanah dan membusuk dlm diri kita. Let bygones be bygones (  Let's forgive and forget past quarrels) Maafkan mereka yg berbuat salah kepada kita. Dgn kemaafan yg kita beri akan menceria hidup kita


kerana.........

Kemaafan adalah proses melegakan perasaan kesal atau kemarahan terhadap orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Kemaafan boleh ditafsirkan kepada orang yang memaafkan dan orang yang dimaafkan.


Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)





Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan Orang Yang Suka Memaafkan:


  • Dapat menyucikan hati
  • Dapat ketenangan fikiran
  • Dapat menyembuhkan penyakit
  • Dapat wajah yang menawan dan ceria
  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan
  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran

Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu


dipetik dari Dewan Pelajar edisi Oktober 2008

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:
Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)

senyuman itu mesti lahir dari hati yg ikhlas

Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.


Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini? Kalau belum, 
Jom kita berikan kemaafan kepada semua org, tapi kemaafan itu mest lahir dari hati yg ikhlas... Indahnya hidup ini kerana kita semua bersaudara....




PEKERJAANKU, REZEKIKU

Alhamdulillah, setelah tamat belajar diploma 1992, saya terus bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibukota. Kebetulan masa tu kekandaku menetap di sana. Plus minus 4 thn saya di sana , sambung beljr setahun , terus berkhidmat sebagai guru. Tempat pertama saya mengajar adalah di SMK Darul Ehsan, Pengetua yg mula saya lapor diri ialah PN HODAIMAH, tp beliau tak lama di situ. 8 bulan je, kemudian beliau pindah ke SMK Hillcrest, Gombak. Beliau seorang yg bersifat keibuan.

Maka datang pengetua yg baru, PN YANG AZMAH MUKHTAR. Beliau seorang yg tegas, berkarisma, ada wawasan dan bijak. Mula2 kenal , takut sgt tp lama2 saya sgt sayang pengetua yg sorang ni. Dia seorg yg hebat. Setiap tahun mesti ada perubahan besar yg beliau akan buat. Saya byk belajar dari cara beliau mentadbir sekolah. Masa ni lah sek kami dpt byk anugerah hingga ke peringkt tertinggi negara, iaitu JOHAN 3K sekolah.

Pn Yang Azmah Mukhtar
(PENGETUA KANAN SMKDE) 

Semasa di sini saya di anugerahkan KHIDMAT CEMERLANG 2002. Tapi nak dapat anugerah sebegini bukan senang . Pengetua akan uji kami sebelum beliau beri anugerah. Saya masih ingat, pada tahun 2001, beliau uji saya dgn menyerahkan tugas menghasilkan majalah sekolah. Mak ampun, kata bhs budak2 skrg, mati saya mcm ni. Dah lah komputer saya bukannya pandai, nak deal dgn pencetak pun saya tak tahu..... tension giler tahun tu.

Maka masa ni saya byk belajar, pelajaran yg saya dpt ialah;
1. pandai guna komputer (itupun microsoft WORD) mesti gelak ha3
2. pengurusan dgn pihak luar
3. pengurusan masa yg cekap
4. menghargai org sekeliling.

Nah, hasilnya, sayadpt menghasilkan majalah sekolah seperti yg dijanjikan. Seronok walaupun hasilnya padaku taklah seberapa. saya masih tidak puas hati dgn hasil kerja tangan yg pertama ini. Tup tup thn 2002, saya dianegerahkan dgn APC yg pertama. Terima KAsih Pn YaNG, Terima kasih Ya Allah. Bukan Anugerah yg didamba dlm kerja buatku tp keseronokan , keikhlasan dlm melahirkan anak didik yg berilmu.

Setelah berkhidmat selamat 7 thn 7 bulan di SMK Daru Ehsan Selayang BAru, Selangor, saya berpindah balik Kelantan kerana mengikut suami kerja di sini. Bukan senang nak pindah masuk Kelantan. Jenuh juga le suami turun naik ke Kementerian, At Last, dia terpaksa jumpa Menteri Pendidikan, yg masa tu Dato Seri Hisyamuddin utk dpt surat sokongan. Maafkan saya Pn Yang, kerana saya perlu pindah....... . namin kini PnYang telah dpt rehat kerana bersara. Difahamkan semasa saya menulis ini pun beliau baru pulang menunaikan fardhu haji. Semoga haji yg mabrur. AMIN.....Pada malam 6hb Feb 2005 saya bersama Nabila yg masa tu umur setahun lebih menaiki bas bertolak balik ke Kelantan.

Pandangan SMKT dati makmal sains lama
Barisan guru2 SMKT 2008

Keesokannya saya melaporkan diri ke sek baru, SMK TUMPAT. sekolah lama, Inilah sekolah yg saya berkhidmat sekarang . Pada 7hb Feb 2011 nanti maka genaplah 6 tahun perkhidmatan di SMK TUMPAT.
Masa lapor diri lebih kurang jam 10 pg. Pengetua pada masa tu TN HJ AMERI dan PKP EN WAHAB, beliau minta aku mengajar subjek math n BI. HAh, BI. Minta maaflah tuan haji, saya bukannya pandai berbahasa inggeris ni. Aku merayu. Aku masih ingat kata2 tuan haji ameri, " wan norma, awak ada latar belakang pendidikan ITM. Saya percaya graduan ITM bijak berbahasa inggeris walaupun bukan major pendidikan BI". 




Mak ai, saya dah tak boleh lari, kena juga mengajar bahasa inggeris. Teringat saya kata2 MERCY IMELDA , tc bi kat darul ehsan, " Wan when u in kelantan, i'm sure u will teach english". Hish mercy ni, mcm doakan saya pulak. Takpe saya  sahut cabaran itu. So, kelas yg pertama saya ajar bi 1K1, bebudak 5A's UPSR. Maka melambak buku2 BI saya beli. Study giler2. Saya pun jenis yg suka mencuba.You never know what you can do until you try.

Byk yg saya belajar .Eh, rupanya srnk juga ajar BI. I improve a lot  my Bi, either speaking, writing or reading. B4 attend class  siap buat power point tak kiralah ajar grammar, literature. Syukur Allah berikan saya kelebihan sedikit kreatif bila bdepan dgn semua ini. TQ Ya Allah.....  Itulah yg dikatakan ilmu Allah itu maha luas. Kena ada keyakinan diri bahawa  ' Where there's a will, there's a way.' Kita jgn sahaja bijak dlm pelajaran tp kena juga kreati dan sensitif dgn keadaan semasa.

bersambung.....



Wednesday, December 15, 2010

INDAHNYA IMAN, HIJRAHLAH WAHAI DIRI


Nak dijadikan cerita, smlm kucuba buka fb mcm biasa, tp apa yg keluar,
Your account have been suspended because of suspicous activity. Alamak, apa dia pulak ni


Aku bukannya pandai bab2 ni.
Ooooo baru ku ingat
pagi tu aku cuba link satu website dlm fbku
alah, psl math form 3
Manalah kutahu kena sekat sebegini rupa
 Klong, mai kejap tlg umi.
Apa dah jadi ni, umi bukannya pandai bab2 fb. setakat buka, klick sana klick sini pandai la.
najwa pun cubalah itu ini, tp x dpt.
dah, gerenti xleh buka dah fb ku.
Niat nak post, JOM ESOK KITA PUASA  10 MUHARRAM.
Jadinya gagal niat ku,

Mlm ku minta tlg suami
last2 apa yg keluar , dia minta security code
Ah, lupa dah lama buat ni
lagipun semua najwa yg buat.
Semua tension memikirkannya, sampai jam 12 tghmlm
dahlah tu, tidur lg baik. kalau x dpt juga buka acc baru je lah
tp sayang juga, sbb mcm2 dah ada dlm fb tu.

Jam 12 lebih2 kami semua tidur. Esk pagi nak bangun sahur utk puasa
nnt kan g taksedar pulak. ALHAMDULILLAH, tepat jam 4.30 pagi , aku tersedar sebelum jam bunyi
mcm ada yg kejutkan pula. Inilah yg dikatakan jika kita niat baik dan doa minta ALLAH kejut
pasti DIA tak akan kecewakan kita. Syukur.
Tgk Jam masih awal, sahur elok lambat2. Lagipun waktu subuh hari ni 5.56 pg.
Masuk bilik air, ,mandi dan terus ambil wudu'
Segar badan selepas mandi. Maka aku terus kenakan telekung dan buat solat tahajjud.
Rasa tenang, damai dan syahdu dpt mengadapMU YA ALLAH
Bukan senang nak duduk bersujud pada waktu2 begini.
terimalah ibadatku......

Selesai solat tahajjud, kukejutkan suami utk bsahur. Lepas kami sahur, duduk x lama azan subur bkumandang ALLAH HU AKHBARULLAH HU AKBHAR....
Maka aku terus solat subuh. Tenang sekali. Seronok sungguh hari ini
Lepas selesai solat, aku teruskan dgn zikir almathurat.....
Syukur, hari ini tingkat keimananku sgt tinggi. Terima kasih Ya Allah....
Aku hendak begini selalu.... ada kesempatan utk mengadapmu ........


Nah, masa utk kejutkan anakku solat subuh,
klong..... bangun dah pagi solat subuh....
angah.... bangun solat subuh.......
yg kecil nabila, kejutpun bukan nak bangun...umur 7 thn
tp aku harap dia akan bangun pg utk solat subuh kalau tak esok... lusa...
Ya Allah semoga anak2ku menjadi anak yg tidak mebelakangkan suruhan Mu.

Jam menunjukkan pukul 7.45 pg. masa utk solat isyraq
lalu kuambil wudu', terus pergi  solat.......
this IS  my first time buat solat isyraq
Allah janjikan barang siapa yg melalukan solat ISYRAQ, dibuka pintu rezeki dan diberi perlindungan serta hidayah sepanjang hari

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud:

" Sesiapa yg mengerjakan solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kpd ALLAH sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yg sempurna"

waktu solat ni bukannya lama, 30 minit selepas matahari terbit.
Katakanlah, jika hari ni waktu matahari terbit jam 7.15 pg
maka 7.16 hingga 7.31 adalah waktu haram solat
maka waktu isyraq adalah dari 7.31 hingga 8.01 pg
tp ramai mengatakan waktunya dari jam 8 pg hingga 8.30 pg
itu apa yg kubaca dlm internet pasal waktu haram solat dan waktu isyraq

lepas letak kain dlm washing machine, tgk jam dah jam 8.30 pg.
Ni masa utk solat Dhuha pulak.
wudu' tadi masih ada, apa tunggu lagi, terus kerjakan solat Dhuha.....



Ya Allah, seronok sungguh dpat beribadat hari ini
Indahnya dapat jadi muslim yg rajin begini....
Tapi, adakah aku akan jadi begini tiap2 hari??????
Hanya Engkau yg maha tahu
Peliharalah keimananku
Jadilah Aku hamba yg bukan sekadar hangat2 tahi ayam....
Berilah aku ruang dan peluang utk berlaku begini setiap hari
kalau tidakpun setiap minggu
jika bukan minggu, setiap bulan.......
Semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini akan menghijrahkanku
Hijarah, meletakkan engkau NO 1
mendahulukan urusan dgn Mu berbanding urusan yg lain.