Friday, November 26, 2010

SEGULUNG IJAZAH

Memperolehi ijazah adalah impianku semenjak dibangku sekolah lagi. Namun, cita2 hampir terkubur apabila tamat DIPLOMA tahun 1992, insan yg byk berkorban KEKANDAKU WAN PISAH mendirikan rumahtangga dan telah dikurniakan cahayamata permatanya menyatakan setakat itu sahaja yg boleh dia bantu. Masa tu aku cukup mengerti situasi dia. aku tahu bukan senang utk dia lalui semasa tempoh pengajianku di UITM jika dahulu dikenali ITM Arau , Perlis.

Hari penganugerahan DIPLOMA tahun 1993 bersama Yusmiah Satar, Rozina, Zulaina n bonda tersayang KELTHOM
bersama Sarimah Kahar

bersama bonda , pakcik SARBI n mak cik 

Setelah hampir 4 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta, aku mendirikan rumahtangga dgn suamiku ini. Alhamdulillah, dlm temph setahun  kawin, kami dikurniakan seorang puteri NURNAJWA SHUHANNA. Masa mengandungkan dia masa tu ku dipanggil interview kemasukan KPLD. Apalagi, risau gak takut tak diterima , maklumlah ibu mengandung. Tapi inilah dikatakan rezeki anak. Aku diterima dan menyambung pengajian selama setahun di Maktab Perguruan Teknik Jalan Cheras Kuala Lumpur.

Masa ini adalah masa sedih, apa taknya, baru 4 bulan usia najwa terpaksa kutinggalkan di kampung bersama keluargaku. Siang malam asyik nangis ingatkan anak. Nak belajar pun tak boleh. Baru ku mengerti erti IBU .  Last2, dah tak boleh tahan balik ambik n hantar org jaga bila ku perli kuliah. Habis bljr ku ditempat di SMK Darul Ehsan Selayang. Inilah sekolah pertama tempat aku menaburkan bakti sebagai pendidik. Menjadi seorang guru adalah minatku. Pada tahun 1998, setelah hampir setahun bertugas, aku dikurnia Allah seorang putera yang sihat MUHAMMAD AZIZ AL-HADI. , tahun reformasi meletus. Pada tahun 2002  Ogos, aku menyambung pengajianku di OUM setelah mendapat keizinan suami. Terima kasih wahai suamiku. 4 tahun tempoh pengajian banyak cabaran dan dugaan yg aku hadapi. Tak sampai setahun menyambung pengajian aku dikurniakan seorang cahayamata puteri NURNABILAH HUDAADAWIYAH. yang kini berusia 7 tahun. Dan akhirnya aku tamat pengajian ijazahku dan diiktiraf pada tanggal 16 Disember 2006.


Pada tarikh ini semua yg byk berjasa hadir.... Inilah sedikit nikmat dunia yg kukecapi bersama insan 2yang tersayang...... suami, anak2, bonda, kekanda serta anak buah. Malangnya ayahanda tidak dapat bersama . Namun jauh di sudut hatiku, inginku luahkan, aku bersyukur dgn ayahandaku...




Di sini ingin kutitpkan rasa terima kasih buat semua yg banyak menyokongku;

1. SUAMIKu - MOHD AZIZI BIN ALIAS
2. ANAK2KU - NAJWA, HADI  n NABILA
3. BONDA KELTHOM n AYAHANDA WAN JAAFAR
4. BONDA CHE YAM n AYAHANDA ALIAS
5. KEKANDA  WAN PISAH
6. IPAR DUAIKU
7. SEMUA YG MENGENALIKU

Jasa kalian kudoakan hanya ALLAH yang mampu balas.... Semoga ukhuwwah ini berpanjangan.. amin


RUMAHKU SYURGAKU


 


Inilah rumah yg bakal ku duduki tahun depan. Harap2 begitulah. Walaupun tidak sebesar rumah org lain , tapi kami rasa dah cukup bersyukur dgn rezeki yg ALLAH beri. Ada tempat berlindung dari panas dan hujan. Tempat serta kenangan yg bakal kami tinggal utk anak2 berkumpul nanti.

dalam prose pembinaan ni.....

Kenkawan selalu tanya, bila nak pindah rumah ni, kadang tension gak. ye lah ini adalah projek SPP, so kenalah tunggu semua unit siap, baru dapat pindah.... tak pe, sabar ye, Anak2 pun tak sabar. masing2 dah choop bilik masing masing.  Dia tak tahu kita org tua pusing pikir belanja bila nak pindah nanti...
Sekarang ni, tgh buat simen dan pintu pagar. Hari2 lalu jln tu pasti kami akan pandang... Dalam hati selalu cakap sendiri...BILA NAK SIAP NI... bukan kata anak je tak sabar, kita mak ayah pun gitu. Buat anak2, ini sahajalah yg kami ada utk dtinggal sbg tempat menjalinkan silaturrahim.  Semoga dgn adanya rumah ini nanti, anak2 akan jagainya dgn baik. Inilah lambang kasih sayang kami utk kalian yg paling kami sayang, NAJWA, AZIZ AL-HADI dan NABILA.

Kita tak perlu ada perabot yg mahal2, sekadar bersederhana sudah memadai spt sekarang. Aapa yang penting kita selesa dan bahagia dengan hidup yang kita jalani... InsyaALLAH.






Thursday, November 25, 2010

DAHSYATNYA DOA IBU...

SUBHANALLAH, cuti sekolah telah bermula. Tapi badanku terasa sakit sana sini, Nak buat apapun tak kena. Mungkin masih penat agaknya setelah lama menjadi penghuni hospital... Anyway, after one week dah rasa ok sikit.  Di Kota Bharu ada EKSPO CHENG HO,  apalagi kami a family pergi sana . Dalam dok jln2 mataku terpandang kat satu gerai, apalagi masuk le. Buku ini dah lama kucari....  Baru kini jumpa. DAHSYATNYA DOA IBU. Buku yg patut dibaca oleh semua orang terutama anak2 serta ibu2. Hatiku cukup tersentuh setelah menghabiskan buku setebal 209 m/s dengan harga cuma RM14.90.


Bukan sekadar buku itu sahaja, majalah SOLUSI terbitan yg lepas2 pun kuborong sebanyak 5 buah.


Inilah peluang yg ada utkku membaca dan memberi makanan utk jiwa yg makin gersang. Inginku kongsikan sedikit drp bacaanku dalam dahsyatnya doa ibu.

Nabi Muhammmad menerangkan , ada 3 pandangan yg termasuk sbg ibadah:
1. pandang orang tua dgn penuh kasih sayang
2. pandang Al-Quran
3. pandang Kaabah

Dikatakan memandang ibu dgn penuh rasa kasih dianggap amal soleh dan pahalanya sgt besar. Sama seperti pahala org mengerjakan HAji. Dipetik dr buku ini m/s 30. 3 jenis doa yg mustajab yg mempunyai keajaiban;
1. doa org tua utk anaknya
2. doa org bermusafir
3. doa org yg dizalimi

Bagi anak yg selalu berbakti dan taat kepada kedua org tuanya, para malaikat sentiasa membantunya. MasyaALLAH besarnya pahala. Ya ALLAH, semoga daku menajdi umi yg sentiasa mendoakan puteri2 dan puteraku. Semoga anakku juga membesar serta patuh ajaran ALLAH serta menjadi anak yg soleh dan solehah.

Dipetik dlm m/s 120, jika ibu bapa telah meninggal dunia, DOA anak mampu menyelamatkan ibu bapanya daripada seksaan api neraka dan menempatkan ibu bapa mereka pada kedudukan yg tinggi di sisi ALLAH. Dipetik dlm sebuah hadis, apabila seseorang tidak lg mendoakan org tuanya, dia sesungguhnya memutuskan jalan rezekinya.

Sesungguhnya pembacaan kali ini cukup berkesan padaku....

Ini satu lg buku yg cukup menyentuh hati. terima kasih kepada bekas pelajarku lokman, melihat dia membaca buku ini terus kumencari di toko buku Jaafar Rawas di kota bharu dah kuhadiahkan kepada puteraku Aziz Al-Hadi..... Malangnya dia mcm belum bersedia membaca... takpe nak... umi faham, angah belum faham apa yg hendak umi sampaikan... Umi doakan satu hari nanti angah akan baca dan faham .... Umi akan tunggu .. ALLAH MAHA KAYA. Insya ALLAH.
Bacalah walau sepotong ayat. Nescaya kita tidak rugi......



Inilah sebahagian buku2 yg hebat utk dibaca.... 


Thursday, November 11, 2010

CUTI-CUTI DI SOLO INDONESIA (25.12.2009)


               
 This my first time trip to Indonesia. Wah semua orang teruja terutama anak2ku. 
Apa tidaknya dapat bercuti dengan keluarga Cik Sah n famili. 
Sebenarnyanya kuhadiahkan percutian ini buat SUAMI DAN ANAK2 yang banyak 
berkorban sepanjang tempoh pembelajaranku untuk mendapatkan 
ijazah yang tertangguh since habis DIPLOMA 1992.
Di sana kami d layan dengan baik oleh famili ABG DIN. 
Memang jalan sakan. Macam2 tempat kami pergi. 1st day kami terus ke Sarangan. 
Kata ksah, tempat ni sejuk dan pemandangannya sangat cantik. 
Tengok aje gambar  atas, cantikkan.



Inilah tali silaturrahim antara dua negara. 
Walau pertama kali mengenali tapi kami begitu mesra seolah2 dah lama kenal. 
Bayangkan seramai ini, kami menaiki  satu mini bas yang bentuknya macam sebuah van.
 Berhimpit2 melalui perjalanan yang mengambil masa 6 jam dari 
kediaman kakak Abd Din di Ceper Meger. Tapi seronok. ‘’/,




The next day kami ke CHANDI BOROBUDUR. 
Perjalanan hari kurang seronok. Apa taknya,
 hujan turun sejak kami bertolak hinggalah sampai ke BOROBUDUR.  
Peristiwa yang tak best, anakku, 
dikejar pengemis hnya  kerana sekaki payung, 
lucuuuuu dong. Pada pengamatanku, pengemis ini memainkan banyak watak.
 Lasr2 dia kena marah dgn Abd Din , terus berlalu pergi.




Hari terakhir kami ke Istana (Kratong)  n shopping kat pekan MALIABORO. 
Bukan beli apapun, almaklum hari hujan, budak2 kecil yang ni punya dah penat. 
Capai apa yang patut je, buat ole2 org d kampong.  






Selama lima hari berada di sana seolah-olah berada di negara sendiri. 
Cuma tekakku sahaja masih tidak dapat menerima makanan di sama. 
Apa yang mampu kumakan Cuma INDO MEE. Nasi, itupun hari terakhir. 
Nasi padang pun bukan seleraku tapi makan kerna terpaksa. Perut dah mula sakit. 
Walau apapun  yang berlaku, kami sekeluarga tetap seronok dan 
jika panjang umur kami akan ke sana lagi….. 
Selamat tinggal Ceper, Meger. Terima kasih daun keladi. 
Semoga jumpa lagi………………







masuk hospital

30.10.2010  ( SABTU)

“Umi… mata adik tak boleh buka. Sakit sangat” luah anakanda NABILA. 
Mata dia mula berair tak henti-henti. Terkejut juga umi. Malam tadi elok je, 
lepas hantar abah dan hadi naik bas nak pergi sokong 
pasukan Kelantan final di Bukit Jalil, dia terus tidur. 
Tup tup, bangun pagi mengadu sakit mata. Panik juga.

Lepas sarapan pagi , umi bawa adik ke Hospital Tumpat. 
Bila periksa, ada satu bebola kuning dalam mata hitam dia. Ah, apa dia tu. 
Doktor kata nabila kena jumpa pakar d Kota Bharu. 
Lepas siap2, umi bawa klong n nabila ke hospital  kota bharu. 
Masa tu jam menunjukkan lebih kurang 2ptg. Lps periksa mata dgn doctor munira, sah! 
Dia kena tahan d wad Melati tingkat 5. 

Mulanya umi rancang nak p mkn mee cambol hari ni. 
Tp perancangan ALLAH lebih tepat.Umi redha dengan apa yang berlaku. 
Umi call abah n nenek maklumkan perkara ini… 
kesian abah, nak tgk bola mlm ni dah jadi tak seronok. Apa nak buat.




31.10.2010 (AHAD)


Hari ni d istiharkan cuti. 
Alhamdulillah, Kelantan telah menjuarai PIALA MALAYSIA. 
Hari ni hari kedua Nabila d hospital. Mata dia nampak makin teruk. Umi benar2 risau. 
Nak cakap salah, tak cakap salah. Sedih ada, macam2 perasaan bermain d fikiran. 
ALLAH sahaja yang tahu. scan hari ni kena tangguh kerana klinik cuti. 
So esok juga keputusannya. Tak pe sabar ye umi, pujuk  diri sendiri. 
Nenek setia menemani bila kami memerlukan . TERIMA KASIH NENEK.


1 .11.2010  (ISNIN)

Klong tak g sekolah hari ni. Nak temankan adik. Kesian kata dia. 
Ye ke kesian, apa yang umi nampak kejap2 minta duit, lapar. 
Semua nak makan. Ni, nak jaga adik ke nak makan macam2. 2 in 1 la tu. 
Umi yakin ,dia benar2kan sayangkan adik dia. Lepas periksa dgn doctor pagi ni, 
nampak dia ok sikit berbanding dengan kemarin. Umi doakan adik cepat sembuh. 
Umi kena ambik cuti sampai bila pun tak tahu, tgk keadaan adik.


4.11.2010 (Khamis)

HAri ni dah 6 hari Nabila di Hospital. Ini bermakna umi juga dah 6 hari d hospital. 
Orang lain yang masuk lewat pun dah keluar. Cuma adik masih setia d bilik Delima ni. 
Hari cuti sempena mengundi di GALAS.  
Adik terpaksa d inject kat lengan utk masuk antibiotic, sbb tempat lain tak Nampak uratpun. 
Kesian adik, pasti sakit tp dia seorang yang tabah. Tak nangis pun.


Umi dah rasa sakit kepala. Mungkin tak cukup tidur. Nak pegang apapun rasa tak kena. 
Ya Allah, selamatkan mata anakku. Pulihkan matanya seperti sediakala. 
Aku mahu lihat dia riang dan ceria seperti dahulu…..


11.11.2010 (Khamis)

hari ini nabila dah boleh keluar wad. Alhamdulillah. 
dan hari juga keputusan UPSR d umumkan. Angah dapat 4A1B. 
Syukurlah dgn rezeki dia setakat itu....